rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites
Life Quote Pictures, Images and Photos

Wednesday, March 30, 2011

cerita melayu semakin hilang nilai ketimuran..

Assalamualaikum..setelah lama xjadi penulis..ari ni datang plak mood yg dah lame hilang..mesti ramai yg suka tgk crita melayu..kat tv tu belambak citer melayu...xkesah la movie@telemovie@drama dll..kadang2 jd malas nk tgk crite melayu..asyik letak genre crita yg sama..

1) cerita hantu vs cerita lawak
xcrita hantu, crita lawak..tiap2 hari mesti ada cerita hantu..sampai dah kenal jenis2 hantu..tp yg aku perasaan hantu je mesti pompuan..ape org laki xjadi hantu ke??=.=..saka jentayu la..mantera anjasmoro..terowong casablanca..erk..sah2 aku tgk ni..hu3..tp serius..macam xde idea lain..tp yg bez kat astro ade crita yg menginsafkan diri..macam kat astro oasis..imam muda lg bez..^__^

2)cerita 18 SX
yg ni part yg paling xsuka..asal tgk kejap,duk tunjuk pelik2..rosak abih kanak2 duk tgk..kalo dah tulis U,asal duk tunjuk lg scene macam tuh..drama pn mesti ade adegan yg xpayah-cerita-korang-dah-tau..contoh cerita yg mmg aku benci + meluat + loya = remp-it..impak maksima..revolusi kl drift..yg paling xtahan cerita yg pasal kat penjara sebab amal ilmu hitam..xingat la plak tajuk dia..tp cerita tu mmg xpatut tayang kot..macam mane FINAS boleh lepas..paling xtahan.."sebab director suruh"..dah tu director p suh pkai pakaian yg dah xde rupa macam pakaian..director MELAYU kot..
kata dah besar..dah mumayyiz dah pn..impossible xleh beza dosa pahala..T_T..

kalo nk cerita semua mmg panjang..tp sekadar melontarkan rasa tidak puas hati..nk tunggu tv al-hijrah masuk astro bila la plak..sob3..apa nk jadi..pahtu duk julang kata..inilah negara islam contoh..wat der!mata ke atas tangan ke dada..=.=..pastu salahkan slogan membangun bersama islam...depa satu malaysia lg nak buat hub2 hiburan xde amik kesah..


wallahu'alam..

Tuesday, March 29, 2011

ampun dipinta..

Assalamualaikum..

ini bukan entry hari raya mahupun entry tacink2..tp ingin memohon maaf kerana penulis sememangnya tidak mempunyai mood langsung untuk menulis buat masa sekarang..kalu mai balik cik mood tu 6t sambung balik ok..^__^

Thursday, March 10, 2011

demam kena sampuk hantu kak limah!

njit..njit..semut..sapa sakit naek atas..
Assalamualaikum..salam sabor jee..sapa sihat angkat tgn macam saya(gaya usop)..


semenjak 2menjak ni..mmg simptom kena sampuk hantu k.limah dimana-mana..sampai msg pun guna tagline citer tuh..nk tergelak pon ade baca msg tuh...sapa la yg create msg tuh..mmg terbaek!!duk kat cfs..sahabat suma duk cakap guna tagline tuh..sampai aku skali masuk geng.."sabor je ler"...kalo ade yg panas hati..mesti yg kuar.."kite bako jee"..hai..xtau den nk kato..dalam pesbuk xyah cakap la..penuh wall duk mengomen..mmg penangan hantu k.limah mcm virus..merebak di sana sini..wallahu'alam..

tu le..sape suh xblajo english education!



Friday, March 4, 2011

jom nanges ramai2!!

"KITA BERTEMU KERANA ALLAH..KITA BERPISAH JUA KERANA ALLAH"

Assalamualaikum..mulakan hari anda dengan senyuman..ya..pengembaraan cuti 7bulan telah pun bermula..baru sahaja smpai ke kg halaman semalam..fuhh..lega ok!insyaAllah..doakan sy xrepeat paper ye..aminnnnn..sungguh pilu jika terpaksa repeat paper..

pejam celik pejam celik dah pun habis 2tahun pengajian di CFS IIUM..apo laie den nk kato..mmg bersyukur sangat belajar di sini..biar la org nk kata apa..UIA is the BEST!

tribute to k.husna..
kalo di fb..post sahabat mmg buat aku sayu..sedih aje..





pahit manis hidup di cfs semuanya memberi erti yg sangat berharga..xdapat beli dimana2..mahupun dipasar tani jumaat di kuala besut..(kempunan xdpt pegi hari ni..haha)..selama aku dah hidup 19 tahun dan beberapa bulan..banyak ragam kehidupan dah aku lalui..fasa keje ngan KAWEN blm rasa lg..=.=

dari tadika
.
.
.
.
.
.
.
.

ke sekolah rendah

zaman darjah 3..=.=



beralih plak ke zaman sekolah menengah..

form 3..masih muda...


masuk cfs plak..




geng KUAT HARIMAU

kalo nk ikut kan..semua gambar aku n letak..tp mane boleh g2..xboleh tamak haloba sangat..mane yg termampu aku letak..ukhwah tu mmg manis.manih lleting!tp ukhwah bonded by AQIDAH sangat bez..bukan macam kecik2 dulu..nak kawan sebab nk makan cocoa crunch yg aku bawak..owh..tidak...takpun sebab nk pinjam gam time kelas pendidikan seni..owh no again..tapi jgn bimbang..aku tetap sayang kawan2 aku..no matter what..

kepada sahabat2 yg akan ke Gombak..moga kat sana ukhwah ni akan terus terjalin..pada yg di kuantan..jgn bimbang..6t kita p lawat na..yg kat cfs..jgn bimbang jugak..6t ada masa kita jumpa lagi..

cuti2 ni godaan besar..najah dengan berbesar hati telah share mende ni..


salam sayang buat sahabiyah..=)

Wednesday, March 2, 2011

buatmu insan bernama lelaki..


"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki."
Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.
Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.
Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.
Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.
Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?
Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.
Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?
Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu.
Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.
Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.
Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.
Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.
Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.
Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.
Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.
Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.
Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.
Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.
Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.
Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.
Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.
Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.
Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.
Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.
Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.
Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..
Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini.
credit to:"titipan buat wanita",  Artikel iluvislam.com

Tuesday, March 1, 2011

selamat berjuang II

Assalamualaikum..dah lame rasa xmenulis.xmacam k.husna yg sangat tegar update blog dia..tabik springg ah k.husna!hehe..sangat malas nk update entry baru memandangkan sedikit bz selepas fatrah exam dan berjuang bersama2 sahabat..xrasa plak nk update pasal kehidupan sendiri..kal nk cerita mmg banyak cerita yg ingin dikongsi..tp la ba'sa..masih lagi xrasa nk kongsi..

saja datang mencoret..khas buat orang yg tengah berjuang dengan pena dan kertas..gerun dengar..ade 18paper yg kena jawab..berbanding aku yg 2 paper je final hari tu..tu pun rasa dah nk pengsan...=.=..tp xpe..saya tahu anda terer..mesti boleh punyer!kalo sakit mata baca buku tu..selang selikan dengan kalam Allah..selalu tajdid niat..pesanan untuk diri sendiri jugak..

kuatkan semangat..i know u can do it!salam imtihan dari saya..=)


Selamat Berjuang 

Malam Siang Berlalu
Gerhana Kesayuan
Tiada Berkesudahan
Detik Masa Berlalu
Tiada Berhenti Oh Syahdunya

Sejenak Kuterkenang
Hakikat Perjuangan
Penuh Onak Dan Cabaran
Bersama Teman-Teman
Harungi Kehidupan Oh Indahnya

Berat Rasanya Di Dalam Jiwa
Untuk Melangkah Meninggalkan Semua
Kasih Dan Cinta Yang Terbina
Ia Akan Selamanya

Selamat Berjuang Sahabatku
Semoga Allah Berkatimu
Kenangan Indah Bersamamu
Takkan Ku Biar Ia Berlalu
Berjuanglah Hingga Ke Akhirnya
Dan Ingatlah Semua Ikrar Kita

Hati Ini Sayu Mengenangkan
Sengsara Di Dalam Perjuangan
Jiwa Ku Merana Dan Meronta Mengharapkan
Kedamaian Dan Jua Ketenangan

Tetapi Ku Akur Pada Hakikat
Suka Dan Duka Dalam Perjuangan
Perlu Ketabahan Dan Kekuatan
Powered By Blogger