rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites
Life Quote Pictures, Images and Photos

Saturday, April 24, 2010

gejala sosial berlambak2..salah siapa??

assalamualaikum..

dewasa ini gejala sosial dalam kalangan remaja terutamanya semakin meningkat.Dalam mengejar arus kemodenan ramai yg lupa akan norma2 kehidupan yg sebenar.Pelbagai kes terpampang di dada akhbar sehinggakan ada kes yg mungkin dianggap mustahil untuk berlaku namun tidak ada apa yg mustahil di dunia ini..
merempit,rogol,ragut,buli,pelacuran,homoseksual,buang anak dan banyak lagi yg xmungkin habis untuk dinyatakan di sini..namun siapa yg harus dipersalahkan dalam isu ini..individu itu sendiri??ibubapa??masyarakat??kerajaan??atau anda??siapaaaa??


perkara ini sebenarnya perlu dilihat dari dasarnya..bukan hanya dilihat dari permukaannya sahaja.ibarat iceberg,permukaannya mungkin nampak kecil namun pada dasarnya amat menakjubkan.sehinggakan kapal sebesar titanic yg dikatakan kapal yg tercanggih pada waktu itu mampu terbelah dua.Analoginya,gejala sosial ini tidak harus dipandang luarannya sahaja kerana dalamannya sangat memainkan peranan.Pelbagai usaha dijalankan hari ini namun kes2 yg melibatkan gejala sosial ini masih meningkat bahkan semakin meningkat dari hari ke hari.Dimana silapnya perancangan sang perancang semua.Silapnya kerana kita semua tidak melihat pada fitrah manusia itu sendiri;memerlukan tempat pergantungan.Semuanya perlu kembali pada yg asal.."BACK TO BASIC"..kembalilah pada agama ISLAM kerna disitu adanya penawar untuk segalanya.

sabda Rasulullah S.A.W
"aku tinggalkan  pada mu dua perkara.kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang pada keduanya;Alquran dan sunnah rasul"
hadis ini sudah cukup untuk menerangkan bahawa pentingnya untuk umat islam pada hari ini kembali pada Al-quran dan sunnah.Bukannya sibuk mengagungkan peradaban barat yg menyesatkan.Tanpa sedar atau tidak umat dijajah secara senyap.Tanpa kita sedari mereka menguasai dunia secara halus..screen,sound,sex,sport digunakan sebagai satu cara untuk mereka untuk membawa manusia ke jalan kesesatan.Dan inilah hasilnya.Saya bukanlah orang yg arif tentang ilmu bahkan tidak mempunyai apa2 untuk dibanggakan malahan saya juga terjebak dlm agenda mereka.Tapi jgn disalahertikan.saya bukan diantara mereka yg ingin memusnahkan anak bangsa cuma saya juga penggunanya.Namun,kesedaran menggerakkan jari jemari ini menulis.Jika anda pernah mendengar tentang freemason dan iluminati sudah tentu anda akan tahu tentang semua ini.bagi yg belum carilah apa itu FREEMASON dan ILUMINATI.Anda akan merasa hidup anda boneka buat mereka.



konklusinya salah siapa??salah kita semua..kerana tanggungjawab khalifah terletak di bahu setiap manusia..
Selagi kita tidak balik ke pangkal jalan selagi itulah masalah ini tidak akan selesai bahkan akan menjadi virus yg akan merebak dengan pantas.saya sebagai seorang remaja merasa bahang gejala sosial ini sampaikan saya sendiri takut untuk berada di tempat awam.Remaja2 yg sebaya sedang hanyut dalam keseronokan membuatkan saya rasa takut.takut dengan azab yg bakal Allah timpakan.bukan pada mereka tapi pada saya yg tidak menegur mereka.tidak menghalang semua itu dari terjadi..mereka beruntung kerana mereka lakukan semua itu dalam keadaan mereka jahil.tapi saya,tidak mencegah kemungkaran dalam keadaan saya tahu bahawa itu adalah wajib.malah saya adalah lebih teruk dari mereka.namun saya masih tidak mampu dengan kudrat seorang wanita dan saya memerlukan pertolongan dari anda semua..jika pada ALLAH kau bersaksi, ISLAM agamamu, ALQURAN kitabmu, MUHAMMAD rasulmu dan SUNNAH ikutanmu..Ayuh..kita kembali padaNya..

0 comments:

Powered By Blogger