rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites
Life Quote Pictures, Images and Photos

Friday, January 28, 2011

berusahalah untuk menjadi SI TABAH!

Assalamualaikum..apa kabar iman?sihat atau sakit..sama2 muhasabah..saja datang mencoret di petang hari..datang menenangkan fikiran..mahu bertanya..siapa yang tak pernah dilanda masalah?dilanda ujian?semestinya 100% pasti bahawa setiap manusia pernah ada masalah..tiap kali ada masalah mesti jadi murung, xbersemangat, hilang arah tujuan..mungkin pada yg lebih ekstrem akan ada cubaan bunuh diri..gerun!

Tapi sebagai orang islam, kita ada tempat pergantungan..Allah tak pernah lupa pada hambaNya..tapi kita yang sentiasa lupa pada Dia..malu rasanya..terlalu banyak khilaaf dalam menjalani hidup ini..teringat pada kata-kata Ustaz Muhadir

"sesiapa yg berbuat maksiat dan suka dengan maksiat yg dilakukan,itu adalah lebih teruk dari maksiat    yg dilakukan"

Bila keseorangan terasa diri kosong..nak katanya betapa jauh diri kita pada Allah..bukan dituju pada sesiapa tapi diri ini yg terlalu dosa..setiap hari betapa banyak dosa yg buat..betapa hinanya hamba Allah ini..nak berubah tapi xpernah nk berusaha..

sabda Nabi saw:

ertinya: "Orang yang cerdik ialah orang yang selalu memperhitungkan dirinya dan ia suka beramal untuk bekalan sesudah mati, sedangkan orang yg Ahmaq (bodoh) ialah orang yang selalu mengikuti hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah taala (berangan untuk mendapatkan kebaikan di akhirat dan pengampunan tetapi tidak mahu beramal atau bertaubat)."
-Hadis riwayat At Tirmizi fi Abwabil Qiamah.

Terasa cemburu dengan sahabat-sahabat yg tinggi ilmu..bila bercakap penuh dengan pengisian dan pengetahuan..tapi sebenarnya aku patut malu dengan mereka..ilmu mereka datang bukan dengan tiba-tiba tapi mereka bertungkus lumus mencari ilmu..sedang aku bersenang lenang dengan tipu daya dunia..aku menulis disini tapi aku jugalah yg akan diuji terlebih dahulu..berbanding anda yg membaca..sama2 kita islahkan diri..

~menulis untuk memujuk diri..


Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.

Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.

Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu

0 comments:

Powered By Blogger