rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites
Life Quote Pictures, Images and Photos

Monday, January 31, 2011

kata hati = kata kawan??

Assalamualaikum..hari ni 31/01/2011..xde apa2 yg istimewa..semua hari yang Allah ciptakan adalah mulia..tapi bukan tu point yg nk kongsi..tapi hari ini adalah tarikh untuk submit Majoring form untuk degree aku di Gombak..hari ini anta pagi td baru isi..sangat BAGUS!=.=..pakcik A&R (admission and record) bagi masa 4 hari but i decided in just 5min..budget pro..seriously, i have no interest in engineering.. ramai yg ckp,
"kenapa amik engineering kalau xminat?"..
jawapan aku senang,
"sebab dapat engin.."..


tapi skema jawapan dia adalah sangat panjang dan aku pasti anda semua borink nk baca kalo aku tulis..aku plan nk tukar course bila masuk Gombak 6t tapi pakcik A&R tu cakap xboleh tukar sekarang..akak senior kata atleast kena amik satu sem dulu baru bleh apply tukar course..jadi, aku mmg/WAJIB ambik engineering dulu 1sem walau macam mane skalipun..jadi, aku pon ikut je ecah..
dan aku punya pilihan;


1.Bachelor of Engineering (Aerospace) (Honours)
2.Bachelor of Engineering (Mechanical – Automotive) (Honours)
3.Bachelor of Engineering (Mechatronics) (Honours)
4.Bachelor of Engineering (Manufacturing) (Honours)
5.Bachelor of Engineering (Materials) (Honours)
6.Bachelor of Engineering (Communication) (Honours)
7.Bachelor of Engineering (Electronics – Computer and Information) (Honours)
8.Bachelor of Engineering (Biochemical – Biotechnology) (Honours)


i play with the future..tapi lagak macam main masak2 time kecik2 dulu..ecah kate,
"susah memang susah, tapi kalo org lain boleh buat knapa kita xboleh?.."

aku suka mende ni!

aku dari dulu tolak subjek sains tepi..tapi masih lg ambik sains sampai hari..tiap kali masuk kelas mesti blur..sob3..tapi tengah duk godek2 core course ari tu terjumpa course usul fikh under kuliyyah of islamic revealed knowlegde..sangat teruja nk belajar..kalo diizinkan Allah..aku nk bergelar salah seorang pelajar kuliyyah tu..tapi pendirian aku selalu xtetap..kejap aku nk amik LAWS, kejap nk TASL(teaching arabic as a second language)..entah la..ape2 pon..doakan semoga aku buat keputusan yg betul..aminnn..


Friday, January 28, 2011

berusahalah untuk menjadi SI TABAH!

Assalamualaikum..apa kabar iman?sihat atau sakit..sama2 muhasabah..saja datang mencoret di petang hari..datang menenangkan fikiran..mahu bertanya..siapa yang tak pernah dilanda masalah?dilanda ujian?semestinya 100% pasti bahawa setiap manusia pernah ada masalah..tiap kali ada masalah mesti jadi murung, xbersemangat, hilang arah tujuan..mungkin pada yg lebih ekstrem akan ada cubaan bunuh diri..gerun!

Tapi sebagai orang islam, kita ada tempat pergantungan..Allah tak pernah lupa pada hambaNya..tapi kita yang sentiasa lupa pada Dia..malu rasanya..terlalu banyak khilaaf dalam menjalani hidup ini..teringat pada kata-kata Ustaz Muhadir

"sesiapa yg berbuat maksiat dan suka dengan maksiat yg dilakukan,itu adalah lebih teruk dari maksiat    yg dilakukan"

Bila keseorangan terasa diri kosong..nak katanya betapa jauh diri kita pada Allah..bukan dituju pada sesiapa tapi diri ini yg terlalu dosa..setiap hari betapa banyak dosa yg buat..betapa hinanya hamba Allah ini..nak berubah tapi xpernah nk berusaha..

sabda Nabi saw:

ertinya: "Orang yang cerdik ialah orang yang selalu memperhitungkan dirinya dan ia suka beramal untuk bekalan sesudah mati, sedangkan orang yg Ahmaq (bodoh) ialah orang yang selalu mengikuti hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah taala (berangan untuk mendapatkan kebaikan di akhirat dan pengampunan tetapi tidak mahu beramal atau bertaubat)."
-Hadis riwayat At Tirmizi fi Abwabil Qiamah.

Terasa cemburu dengan sahabat-sahabat yg tinggi ilmu..bila bercakap penuh dengan pengisian dan pengetahuan..tapi sebenarnya aku patut malu dengan mereka..ilmu mereka datang bukan dengan tiba-tiba tapi mereka bertungkus lumus mencari ilmu..sedang aku bersenang lenang dengan tipu daya dunia..aku menulis disini tapi aku jugalah yg akan diuji terlebih dahulu..berbanding anda yg membaca..sama2 kita islahkan diri..

~menulis untuk memujuk diri..


Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.

Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.

Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu

Tuesday, January 25, 2011

sila lah..jenguk2..

Assalamualaikum..saja datang jenguk malam2..masih xmengantuk walaupun tadi seharian berjalan selesaikan urusan..pergi buat report polis..pergi bank muamalat..pergi dapat sim baru dan pegi buat ic baru..all in 1 day..Alhamdulillah..Allah permudahkan urusan.semua orang layan kami dengan sangat baik..mungkin kesian tgk muka kami yang x bersalah ni..=.=

hari tu cik eida ada cite pasal silent reader..tup2..tadi tiba2 ada org bagi offline msg..


tiba2 aku rasa segan..blog ni xde la bez sangat pun..sekadar tulisan buruk yg selalu merapu..tapi..terima kasih banyak..xyah mintak2..blog ini untuk tatapan umum..but i will make sure u will get VIP PASS..datang cni tuan punyer blog letak karpet merah..hehe

Sunday, January 23, 2011

malang yang tak pernah bagi 'HINT'!

Assalamualaikum..sila baca entry dengan nada yang sangat gembira..kerna tuan punyer masih diselubungi sedih..
Semalam, 22/01/2011..satu tragedi tragis telah melanda..bagai tsunami yg hebat melanda acheh..kusangkakan panas hingga ke petang..rupanya salji turun di tengah hari..=.=..tengah aku syok2 main aquatic treasure hunt, canoe team member aku terbalik dengan sadisnya!

inilah yg dinamakan canoe..lain cket dari kayak!

Bila dorang jatuh dalam tasik tu, aku ngan ecah bantai gelak dengan jayanya..bila semua da ok balik and pakcik2 lifeguard tu datang maka bermula la saat2 getir..
"dik..ade pape lagi x yg xde?"tanya pakcik dengan muka bengang..
"xde2.."jawab kami ber-4..
tiba-tiba...
"beg kuning tu xde la pakcik!"
"ade ape lam tu?"tanya pakcik dengan muka curious..
"ade hp pakcik!"dengan selamba aku dan ecah jawab..
"knpa letak hp!"..pakcik tu dah mula kesiankan kami..dah tu..xd suh letak barang berharga,manala kami tau barang berharga yg pakcik briefing maksudkan tu harta karun yg jumpa 6t..sob3..
TAPI...bukan setakat HANDPHONE je..skali ngan IC, KAD MATRIC, KAD BANK DAN LESEN MEMANDU..dan bukan yang aku SORANG..yg ecah pon skali..sadis wooo..
part yg xleh blah..lepas hilang semua2 tu dalam dasar tasik putrajaya,kami boleh sambung main..sampai habis!punya la semangat nk main kayak..
handphone ecah
hp aku..

Bila da naik ke darat..pakcik2 kat c2 buat muka kesian..dan paling cepat dorang bleh dive cari mende2 tu semua adalah hari isnin which is ESOK..dan HP aku dengan pastinya telah 'INNALILLAHI WA INNA ILAIHI RAAJI'UN'..Kalo jumpe pon,mayat je la..tapi yg paling buat aku nk nangis ade la bila hilang ic dan matric kad..uwaaa..aku skang berstatus "PENDATANG ASING"..SOB3..i have no identity card..dan bila aku call bgtau mak,
"kea mek kato doh jange g, DEGIL!nk g jugok..tu la..xsey dengar ore laghe!"sungguh pedas kata2 itu..
translate:"kan mak dah cakap jangan pergi, DEGIL!nak pergi jugak..xnak dengar orang larang!"
ok..ni berkali2 aku terima padahnya bila xdengar cakap mak aku, antaranya;

1)time darjah 6, mak aku cakap xyah pergi skolah sebab dah lepas exam upsr,tapi aku dengan degilnya pergi jugak..padahnya lutut aku retak dan kesannya masih ada sampai sekarang menyebabkan aku xboleh berdiri lama dan xboleh aktif sukan..


2)bila aku pergi kem kat satu kawasan rekreasi,mak aku xbg jugak..tapi macam biasa aku degil dan pergi jugak..jari aku kena infection sampai membengkak dan bernanah..sampai aku kena rujuk HANDTEAM kat PPUM..

mmg tu semua takdir Allah..tapi apapun..lepas ni aku kena jadi anak yg dengar kata..bila mak aku cakap xboleh..makanya xboleh..redha ALLAH terletak pada redha mak ayah..aku terima dengan redho..tadi pon dah call celcom centre untuk block number dan mungkin esok akan pergi ambik no baru..ic pon mmg dia nk suh tukar baru agaknya..dan berzaman aku xtukar..kat matric plak esok kena g buat report,ntah brape plak kena bayar..hp,aku tunggu ehsan dari abang aku..tu pun kalo dia nk bagi..aku xnk mintak lebih,NOKIA X6 32GB pon dah ok..=.=



P/S:pada sape yg ade no contact aku..maaf aku xkan dapat dihubungi..kena tunggu suma setel dulu..dan sekarang hdup macam "SENANG" gile..terima segalanya dengan hati yg pedih..setiap perkara mesti ada hikmah kerana disebalik duka pasti ada suka..

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Friday, January 21, 2011

DIAM...

Diam xbermakna aku xkisah..diam jugak xbermakna aku ego..diam xbermakna aku nk melarikan diri..diam aku bukan bukan kerana benci..diam aku juga bukan  kerana xsetuju..jangan mudah mentafsir dari diam diri ini..aku diam xberkata kerna aku tahu,percakapanku xkan selesaikan masalah..jika ada yang perlu aku tuturkan sudah pasti aku bicarakan..dari percakapan yg sia2 aku tuturkan, lebih baik aku diam..dari aku memberi seribu alasan, diam adalah lebih baik..maka,satu ku pinta..jangan mudah mentafsir bila aku berdiam diri..dalam diam aku berfikir..wallahu’alam

Friday, January 14, 2011

nikmat ujian..

Assalamualaikum..semoga sihat semuanya..mood diri:sedang merehatkan diri dari kesibukan yg tidak pernah akan hilang dari dairi seorang pejuang..berehat??saje mencari semangat baru..bukan berniat untuk lari..tidak sama sekali..cuma pergi membawa diri untuk muhasabah segala apa yg terjadi..muhasabah segala tanggungjawab yg terabai..mohon kekuatan dari YangMaha Kuat..

****************************

Ujian itu tanda Allah sayang pada hambanya..bukan tanda Allah benci..maka beruntunglah orang yang diuji.Setiap kali diuji, keluhan yg jadi ungkapan saban hari..sentiasa mengeluh dengan kekurangan..sungguh tidak bersyukur manusia ini..bila kita lemah..semua orang kita salahkan..semua faktor kita kaitkan..tapi pernah kita renung kembali diri???sungguh banyak khilaf..xterhingga..malu untuk mengaku diri ini hamba yg mendamba syurga hakiki, malu untuk meminta2 sedang amanah yg diberi xpernah terlaksana..SUNGGUH..AKU MALU.

tapi di setiap ujian itu pasti terselit hikmah..disebalik duka itu pasti ada bahagia..itu resam hidup..jika tidak bahagia di dunia..ingat..kita masih berbaki perkampungan akhirat yg kekal abadi..nikmat ujian itu sungguh indah..Allah beri kita kesusahan supaya kita sentiasa ingat padaNya..supaya kita ingat kita tak keseorangan dan xkan pernah keseorangan..

********************************

buat sahabat dunia akhirat..ukhti syarah..

maaf jika diri ini xmamu jadi sahabat yg terbaik..bukan jua seorang rumate yg sentiasa menjaga kebajikan kawanya.malah diri ini xpernah hirau apa perasaan anda..maaf..walau senyum sentiasa dibibir mu duhai sahabat..sesungguhnya ada duka terpancar dari raut wajah..sahabat, ingatlah..Allah itu Maha Pengasih..mana mungkin Dia uji hambanya tanpa kemampuan.Dia yg menciptakan dan sesungguhnya Dia Maha mengetahui..kuatkan tekad..kembalikan diri mu yg bersemangat duhai sahabat..kita punyai perjuangan yg masih jauh jalanya..kita bukan orang biasa kerana kita pejuang Allah..kita penyambung mata rantai Rasulullah..medan dakwah perlukan kita..bangun duhai sahabat..kita sama2 bangun,saling membahu..ingatlah..perjuangan memang pahit kerna syurga itu manis..jalan ke syurga itu penuh dengan liku dan duri..jalan ke neraka penuh dengan syahwat..semoga terus KUAT sahabat..terus thabat dalam perjuangan yang tidak akan pernah selesai..

mungkin suatu hari nanti aku bukan lagi seperti ini..kerna aku manusia..maka jangan pernah lupa untuk ingatkan hamba ini untuk terus berjuang..sama-sama kita kejar REDHA ALLAH!

Wednesday, January 5, 2011

selamat berjuang sahabat!

Assalamualaikum..alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..masih diberi nikmat terbesar,merasai nikmat iman dan islam..masih diberi ruang untuk bernafas, dan masih diberi peluang untuk berjuang dijalan-Nya..aku panjatkan kesyukuran atas nikmat yg xterhingga..Alhamdulillah..

maaf buat cik blog atas hak yg xtertunai..pemilik anda bukan blogger yg tegar..sekadar mengisi masa lapang..sekadar menumpang teknologi yg ada..

sekarang dah pun melangkah ke tahun baru masihi..2011..tahun yg penuh dengan impian dan cabaran..semoga tabah dan thabat..terus istiqomah..org lain mungkin dan buat entry tahun baru mlm thn baru tapi xpa lah..aku lmbt BANYAK!

SELAMAT DATANG TAHUN BARU 2011

sepanjang tahun 2010,mungkin ada yg dah tertunai dan masih ada yg belum..banyak sebenarnya taklifat yg tak terlaksana..sungguh terasa diri ini loser..tapi hidup kena realistik..pandang terus ke depan..kalau ada TIANG pun langgar je..tapi aku insyaAllah xnk langgar tiang tu..SAKIT!tapi SAKIT itu TARBIYAH..jadi..mari beramai-ramai LANGGAR TIANG!=.=..ok..ajaran sesat!

ERK..TERJUMPA GAMBAR NI BILA GOOGLE '2011'

cukup sudah mukadimmah..sebenarnya nak ucap SELAMAT BERJUANG buat sahabat nun jauh di Al-Azhar..semoga berjaya di medan jihad bersama pen dan kertas..terharu jugak tadi bila dia sempat buzz supaya doakan dia yg dalam fatrah exam..patutlah menghilang..insyaAllah dapat buat yg terbaik..IHFAZILLAH YAHFAZKI YA SODIQI!!


Powered By Blogger