rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

Monday, October 5, 2009

padaMu ku memohon..

Ya, Robb
Kau terlalu sempurna..
untuk aku persalahkan..
ketika taming sari menembusi rusuk kesturi..
dan tuah menganyampasrah doa

ya, Robb
siapakah aku di sisi-Mu
hamba yang berdiri
antara kanan Muhammad
dan kiri Khadijah
jua hamba yang mengutip
aksara-aksara dosa
di atas kerikil kembara

Maha suci kun faya kun-Mu
jadikan aku seekor kuman
yang mampu membunuh sejuta dosa..

wallahua'llam

0 comments:

Powered By Blogger