rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites
Life Quote Pictures, Images and Photos

Thursday, October 14, 2010

Berikan dia KEKUATAN!!

           Aku termenung ke luar tingkap.merenung jauh..merenung alam ciptaan Allah.SUBHANALLAH!!sungguh indah ciptaan Yang Maha Esa.bunyi teriakan kanak-kanak di halaman menarik perhatian aku.dari jendela aku beralih ke halaman rumah.kelihatan anak-anak kecik sedang asyik bermain 'to boyo',satu permainan aku sewaktu kecil.kali ini aku teringat memori sewaktu muda-muda,walaupun sekarang masih muda.setiap petang, aku akan ke padang permainan.mungkin biasa pada amatan kanak-kanak sebaya dengan aku.tapi ini sedikit luar biasa.apa yang luar biasanya?yang menjadikannya extraordinary adalah kami bermain secara beramai-ramai.dalam kiraan 20 mungkin.dari sekecil-kecil kanak-kanak sampai sebesar-besar bapak orang.semuanya main dan kami main 'bola baye'.mungkin ada yang tidak tahu.mungkin boleh tanya pada kelantanese disekeliling anda.saya tahu dimana-mana mereka ada.syabas buat mereka.

           Kembali ke alam nyata, masih lagi merenung kanak-kanak kecik bermain.kelihatan seorang kanak-kanak bermain sendirian.cuba aku amati,dengan mata yang sedikit rabun aku zoom in.Khairul rupanya.anak jiran sebelah.inilah watak utama cerita aku.nama panggilannya 'EYO'.sedikit rock,tapi tak apalah.maknya yang panggil.SETAN KECIK jadi panggilan kadang2.mungkin sedikit kasar tapi pada yang pernah rasai penangan eyo mungkin bersetuju.mana tidaknya,ganasnya amat menakutkan.aku sendiri pernah dikejarnya.tak cukup tanah aku lari.akhirnya masuk rumah.terus dikunci pintu.kecilnya hanya sebesar kanak2 berumur 7tahun.tapi kudratnya ibarat budak lelaki berumur 15tahun.kenakalannya memang mendapat pangkat kelas pertama.sampai cikgu tadika pun tak sanggup nak ambil.pernah dia membuat onar,mencurah air pada seat pemandu kereta ayah.alamatnya beranglah ayah aku.bukan setakat seat yang basah,kunci kereta pulak diciloknya.memang naik minyak!habisnya,ayah jerkah saja budak bertuah tu tapi mak pantas datang menyelamat.kalau tidak habis budak tu dikerjakan ayah.

Usah dipertikai kenakalannya lagi,memang dia kanak2 1st class!tapi disebalik kenakalannya,terselit kisah duka.duka yang amat.kalau aku ditempatnya,mungkin gila pengakhiran hidup aku.saban hari,maki hamun jadi habuannya.tidak cukup kata2 menyakitkan,dia ditambah dengan pukulan yang menyayat hati.derita kanak-kanak kecil ini bersama kakak dan adiknya.ibunya tidak pernah serik memarahinya anaknya.kalau sehari suaranya xberkumandang,memang xsah.bingit sungguh!mahu saja aku menelefon teledera tapi xsanggup pula melihat anak yang tidak berayah ini kehilangan ibu.ibunya mempunyai sejarah lampau yang menakutkan.pernah dia melarikan ke hutan belakang rumah.berhari2 tidak pulang.usaha orang kampung mencari akhirnya berjaya.saat di bawa pulang,mata merah menyinga.seperti dirasuk.malam sebelum dia melarikan diri,habis anak sulungnya diganyang.dikunci bilik dan dikerjakan anaknya habis-habisan.mujur sempat diselamatkan.maka anak sulung itu dibawa bersama ayahnya setelah bercerai.aku tidak mengerti saat itu.masi kecil.cuma itu yang diceritakan.

Kini, ibunya kembali normal namun sifat garang masih ada.perkahwinan kali kedua bersama seorang lelaki yang sudah beristeri diharap dapat merubah hidup namun panas tidak sampai ke petang,dia bercerai lagi.namun sempat dikurniakan 3orang cahaya mata.salah seorang adalah EYO.kembali pulang ke kg halaman untuk mencari kekuatan tapi tekanan dari adik beradik pula mencengkam.tinggal bersama adik2 yang mengalami masalah penagihan dadah menyukarkan hidup mereka sekeluarga.keluar masuk 'RUMAH BATU BESAR' sudah lali dengan mereka.satu gelaran dari emak menggantikan lokap.aku tergelak sendiri mendengar panggilan.lucu.bergaduh sesama sendiri sudah lali bagi kami.angkat parang dan segala bagai juga sudah resam bagi mereka.kerana satu spanar,keliling kampung mereka bergaduh.pening aku melihat.dari kecil hinggalah sekarang,tidak pernah selesai.namun mereka punyai ibu tua yang sangat tabah.dilalui hidupnya bagaikan mereka hidup secara rukun..aku hairan dan terus hairan.episod mereka adik beradik bilalah akan berkhirnnya dan yang terkini, aku terdengar khabar dari mak bahawa salah seorang dari mereka terkena AIDS.na'uzubillah.

Pernah aku berfikir, mungkin suasana hidup yang mendorong Eyo berperangai begitu.bermain psikologi walau aku tidak pernah belajar itu.sekadar cita-cita diwaktu kecil.kadang aku lihat perangai Eyo seperti Syabab,kanak-kanak mengagumkan dalam Syabab Musafir Kasih karya Fatimah Syarha.namun sungguh aku tidak mampu untuk menjadi KAK MUMTAZAH buat dia.aku tidak mampu menjadikan dia syabab penggoncang dunia.cuma satu,doaku buat dia.semoga bangkit menjadi SYABAB buat keluarga!tidak mustahil bagi dia dan aku pinta doa dari kalian.semoga dia dipelihara Allah.Amin..
 

3 comments:

Azhar Al-Banna said...

agk susah ar nak bace

zubaidah said...

@nor azhar:maaf..ana ingat nak buat tulisan klasik..ana dah tukar font..trime kasih tolong tegur.

Azhar Al-Banna said...

:)

Powered By Blogger