rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

Saturday, February 9, 2013

rahmat Allah: Jangan pernah berputus asa

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah, Allah bagi kesempatan untuk kembali menulis. Semoga diberi umur yang panjang untuk terus berbakti di bumi Allah ini, buat bekalan di akhirat sana. Kadang kita selalu buat alasan dengan masa yang tak cukup, tak sempat untuk buat itu dan ini..tp kenapa ada hamba Allah yang sempat buat itu dan ini dalam satu hari. Padahal sama je Allah bagi semua hamba-Nya sehari 24 jam..xde lebih xde kurang. Jangan berharap diberi mesin masa seperti Doraemon atau pun Harry Potter. Itu xkan pernah ada sebab masa takkan pernah tunggu kita dan itu semua hanya fantasi. Berjalan2 di laman sesawang, terbaca satu entry ni blog bakal DR. Najah Solehah..salah satu tanda hidup manusia itu tidak berkat adalah bila dia merasakan masa dia sentiasa tidak cukup. Nak ngaji Quran xde masa, nk pegi solat jemaah xde masa, pegi kuliah ilmu xde masa..Terasa hari tu pendek je kan. Bila buat ibadat, rasa lamanya lah padahal baru baca Quran 2page,baru 5min, tu pun sambil-sambil tunggu Isyak..tapi bila tgk movie, pegi shopping..kejap je rasa walaupun dah berjam-jam. Masa baca entry najah tu, rasa bedebukk atas kepala,sebiji kena batang hidung sndiri. Betapa manusia ini selalu lupa pada Pencipta dia kan..astaghfirullah!

Bila susah, baru lah mula cari Allah..adat manusia..tapi bila senang jarang sungguh ingat Allah. Itulah manusia, syukur dengan nikmat kesenangan adalah berganda susahnya dari sabar waktu susah. Itu lah yang disebut dalam kalangan ulama bahawa kadangkala makam syukur itu lebih besar dari sabar. Bila susah, kita senang ingat Allah, time ni la kita bersabar, kita rasa hanya pada Allah tempat kita mengadu tapi bila kita senang, berapa ramai yang mampu bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan??Betapa mudah lupanya manusia hanya dengan dunia yang sementara ni. Orang yang melihat dunia dari dimensi akhirat, akan merasa bahawa kecilnya dunia ini, dan betapa luas nya kehidupan ni. Dipetik dari kuliah DR.MAZA dlm satu video di youtube, betapa jauhnya nikmat didunia berbanding nikmat di syurga dan betapa berbezanya kesengsaraan di dunia jika dibandingkan dengan derita dalam neraka. Diriwayatkan dalam sebuah hadith oleh Imam Muslim daripada Rasulullah S.A.W;

Seorang hamba yang paling nikmat hidupnya di dunia, dimasukkan secelup ke dalam neraka oleh Allah, lalu dikeluarkan. Maka ditanya pada si fulan tersebut,
"pernahkah kau merasa nikmat di dunia?"
maka kata si fulan,
"aku tidak pernah merasa nikmat pun ketika di dunia.."
hanya kerana dimasukkan secelup ke dalam neraka, hilang kisah nikmat dunia.. ALLAHU ALLAH..
Diambil pula seorang hamba yang paling derita hidupnya di dunia, kemudian di masukkan secelup ke dalam syurga. Kemudian dia dikeluarkan. lalu ditanya,
"wahai si fulan, pernahkah kau merasa derita ketika di dunia?"
lalu jawab si fulan,
"aku tidak pernah merasa derita ketika di dunia"
hanya kerana secelup dimasukkan ke syurga, dia hilang cerita derita..

Betapa kita ini lupa dengan rahmat dan nikmat Allah, bila diberi ujian, baru kita sedar akan nikmat yang Allah bagi. Bila kita ditimpa musibah, terlintas di fikiran, kenapa kita yang terpaksa hadapi ujian ini, kenapa kita yang terpaksa rasa peritnya derita ini. Kenapa kita,bukannya orang lain. Tapi pernah tak kita terfikir, betapa banyak derita yang kita alami yang kita rasa kita xmampu untuk keluar darinya, seolah-olah inilah pengakhiran hidup kita tapi Allah keluarkan kita dari derita itu. Sungguh Allah itu lebih mengetahui segalanya. 
Bersyukur dengan apa yang ada pada kita hari ini adalah lebih baik kerana nikmat yang Allah berikan ini sudah tidak ternilai. Kata Hamka, 
"Yang ada pada ini sudah harapan kita"

Tidak salah untuk kita meminta pada Allah akan kehidupan yang lebih baik, tapi wajib untuk kita syukuri nikmat yang sudah kita ada. Allah bagi kita ujian kerana banyak perkara. Sebagai mehnah kepada kita untuk meningkatkan keimanan kita dan juga sebagai kifarah dosa dan maksiat yang telah kita lakukan. Betapa dia sayang pada hambaNya sehingga Dia masih beri peluang pada kita yagn hina dina ini untuk perbaiki diri. Padahal kita ini selalu lupa pada Dia!Malu rasanya di gelar pejuang islam tapi hubungan dengan Allah entah ke mana..Teringat kata-kata ustaz Ridhauddin, yang dikongsi oleh sahabat masa bulatan gembira semalam,

"kita merasakan kitalah golongan yang hebat kerana diuji dengan pelbagai mehnah dan ujian tapi sebenarnya kita perasan!"

MasyaAllah, terasa macam dihempap batu besar, betapa kita terlalu perasan hingga kita lupa dan tidak terfikir sekiranya ujian yang Allah beri ini sebenarnya dari maksiat yang sudah terlalu banyak kita lakukan, sebagai pejuang islam, kita kononya nak tegakkan islam tapi kitalah juara dalam melakukan kemaksiatan..Allahu Allah..semoga Allah melindungi dan menjauhi kita darinya..

Ujian dan derita yang Allah hadiahkan ini sebenarnya menguatkan kita, betapa Allah sayang pada kita, betapa Allah rindu untuk dengar rintihan kita..maka jadilah insan yang paling bahagia dan beruntung, kerana DIA masih sayang pada kita..Wahai hati, tabahkan diri, cekalkan tekad, insyaAllah Allah pasti hadiahkan yang terbaik dan manisnya pengakhiran derita ini bila tawakkal sebulat-bulatnya pada Allah atas apa yang terjadi dan percaya bahawa setiap yang berlaku adalah hikmah yang terbaik buat diri..Allahumma aminn..
video dr. Maza-ketenangan..





0 comments:

Powered By Blogger