rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites

Friday, February 22, 2013

Bukan sekadar SOGO..

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah..semakin rajin update blog. Bukan sekadar sogo, tajuk bukan main macam nak promote sales dekat SOGO..tapi insyaAllah bukan itu yang di ceritakan..Alhamdulillah penyakit suka shopping semakin berkurangan dewasa ini, mungkin sudah matang sejak dah makin tua.

17/02/2013
Seawal 8.30 pagi di hari ahad, berlari turun dari bilik, pegi tunggu pakcik datang ambil untuk ke IMKL, sambung ambil latihan memandu yang masih berbaki 4 jam. Cikgu yang ngaja agak lah garang tapi baik jugak alhamdulillah. Kali ni aku bangga dengan diri yang tak mudah tacink bila kena marah. Sebab aku dah set dalam kepala, bila cikgu marah, tu tanda dia nak aku jadi pemandu berhemah. Test JPJ motor 7/3 ni..doa2 lah lepas. Dah boleh declare sebagai penunggang yang sah, selama ni duk bawak sampai batu cave, kg batu bagai..tapi xde lesen. ^__^. Punya la semangat hari tu belajar memandu, sampai terlupa ada program penting sebenarnya. *Siap boleh janji dgn sukma nak teman dia pegi kedai haiwan cari ikan gappi..hehe

Balik dari IMKL, aisyah ajak ke SOGO. Pelik tiba-tiba, rajin pulak aisyah ajak pegi shopping,sampai sogo bagai. Selalu paling advance kami selalu pegi Giant Batu Cave, xpun KL festival dekat Danau Kota. Tu je yang mampu dengan naik Ferrari 2 tayar tu..=) Tapi terpaksa tolak sebab dah janji dengan sukma untuk ke kedai haiwan. Bila duk sembang-sembang dengan aisyah, baru la teringat yang sebenarnya hari ni ada perhimpunan dekat sogo anjuran DPPM. Aduhai, acano ae bolih lupo ni ha!Untuk promote "7 Agenda Anak Muda Berkebajikan". Disebabkan rasa bersalah, bagi Aisyah kamera sebagai pengganti diri, tuan xdapat kesana, haruslah kirim kamera sebagai wakil. Best kot dapat jumpa otai-otai DPPM!

Ni antara gambar-gambar yang di snap oleh aisyah. *Semangat sampai kena saman ngan DBKL sebab salah parking motor..















0 comments:

Powered By Blogger