Assalamualaikum...dah lama rasanya tak mencoret apa2 kat sini..sibuk??tak rasa sibuk pun tapi terasa kurang rajin untuk post apa entry..nothing interesting..tp td godek2 fb..terjumpa satu gambar skali dengan tulisan..dan sangat suka kuasa infiniti..bacalah..
◕‿◕ Satu ketika aku bertanya..
Sudikah kau menjadi Makmum
disetiap solatku..
agar solatku lebih bermakna..
dan terjaga hendaknya..
Sudikah kau menjadi Penjaga
diri dan maruahku..
agar hidupku lebih tenang dan bahagia..
Sudikah kau menjadi Pendidik
hati dan jiwaku..
agar rohaniku terisi hikmahNya..
dan akhlakku terjaga hendaknya..
Sudikah kau menjadi Pemerhati
setiap gerak dan langkahku..
agar aku tahu mana salah dan buruk lakuku..
Sudikah kau menjadi Peneman
di kala suka dan duka ku..
agar satu hari,,jika ujian itu dtg..
air mataku ada yg menghapuskan..
Sudikah kau menjadi Pembela
diriku dan agamaku..
agar aku terus berada di atas jln yg benar..
Sudikah kau menjadi Penggerak
semangatku..agar bila aku kelesuan..
kau mampu memberi bantuan..
walau hanya sekadar senyuman..
Sudikah kau menjadi Sahabat
buat diriku..mendengar luahan hatiku..
agar aku boleh berbicara apa sahaja dengan mu..
tanpa rasa ragu..
Sudikah kau menjadi Penghibur
tika ku kesunyian..
agar aku boleh ketawa riang..
Satu ketika kau akan menjawab…
“Ya, Aku sudi..Kerana kau pilihanku kerana ILLAHI
dan Kau juga memilihku kerana petunjuk RABBI
Tetapi,,kau kembalikanlah soalan ini kepadaku
Sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU?
jika aku sudah tidak seperti dulu?
Sudikah kau pula menjadi
Imam,,Penjaga,,Pendidik,,
Pemerhati,,Peneman,,Pembela,,
Penggerak,,Sahabat dan Penghiburku,,
Jika suatu ketika nanti
aku sudah tidak mampu lagi menjadi
Makmum di setiap solatmu…
Jika aku sudah tidak mampu lagi
menjagamu,,
menemanimu,,
memerhatikanmu,,
mendidikmu,,
membelamu,,
menggerakkanmu,,
menjadi sahabatmu dan
menghiburkanmu..
Sudikah kamu wahai …………………?
Aku percaya..kau masih sudi..
“Kerana Aku pilihanmu kerana ILLAHI
dan Aku juga telah memilihmu kerana petunjuk RABBI..”
Keluarga bahagia impianku..
~ucu~
Kemuliaan Cahaya Mata❤●•٠·˙
sumber:
4 comments:
u! cne nk buat love dot dot yg last tu?? comey laa!
copy je..haha
entri lebih kurg : http://yamilalala.blogspot.com/2011/06/hawa-need-adam.html
perlu memeriksa:)
Post a Comment