rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites
Life Quote Pictures, Images and Photos

Wednesday, July 17, 2013

Cakap tak serupa bikin!

Assalamualaikum w.b.t

"Perjuangan islam dengan teori saja xcukup..pegi tamrin cakap degang2 xguna kalau aplikasi teori2 tu fail"

Quote kat atas ni aku xambik mana-mana sbb ni aku alami dengan pengalaman sendiri. Dan aku tujukan khas buat aku sendiri. *Nangis laju-laju T_T..Dalam 2, 3 tahun ni, sibuk aku di kampus dengan gerak kerja dakwah dan kerja jemaah. Tapi aku akui aku bukanlah amilin yang terlalu komited. Aku slow sket..aku lebih suka jadi pemerhati dan buat kerja yang diamanahkan. Aku ni kira budak yang pasif. Jarang benar aku bangun suarakan pendapat dalam meeting ataupun liqa'. Memang sifat pemalu dan pendiam aku tersemai dengan jayanya. Aku pun kusut memikirkan masalah diri aku yang low self-confident ni..Haha..susah nk ubah tabiat diri yg dah lama tersemai ni..

Aku xberapa suka utk terlalu aktif waktu di kampus sebab aku takut momentum ini akan kekal hanya di alam kampus, bila habis belajar aku jadi menjauh sebab penat. Komited pada kerja tu bab lain, tapi aku rasa  ni jalan selamat utk aku terus kekal istiqomah, tp Allah jua lah yang pegang hati hamba2 Dia. Aku jadi takut utk jadi terlalu outspoken, ckap berdegar-degar, nasihat orang banyak2 sbb aku tahu yang akan di uji first skali tu adalah org yg bercakap tu la. Tapi xde la sampai aku xbercakap. Cuma aku sekarang lebih suka pegang pada prinsip cakap benda yan perlu. Tapi kadang2 sifat pemalu aku yg diluar batasan ni menjadikan keadaan makin parah. Ok stop mukadimmah!

Sekarang ni tengah sibuk PRK N01 Kuala Besut. Alhamdulillah Allah pilih aku untuk turut sama bergerak kerja, bantu mana yang mampu. Waktu PRU 13 hari tu, aku xrasa sangat sbb kerja on off. Tapi sekarang tengah cuti 3 bulan, jadi aku berkhidmat semampu yang boleh. Tapi Allah uji aku dengan dugaan. Dulu ada ustaz penah pesan, aku dah xingat ust mana. Realiti berkerja di lapangan, xsama dengan kerja di alam kampus. Kalau kat kampus kita kerja secara profesional, bila turun kawasan, orang dah tak pandang kita ni budak U ke tak. Semua sama jadi jangan memilih kerja. Konon kita mahasiswa, kerja2 cikai ni xsesuai dengan kita. Sekali kena atas batang hidung sendiri!Baru reti rasa apa yang ustaz bagitau. Memang time ni husnuzhon memang kena tahap tinggi, sabar dan kena selalu tajdid niat. Aku untung sebab aku dikelilingi kawan2 yg selalu pesan utk fikir positive walaupun susah nk ikhlaskan hati. Tambah bulan posa ni, mmg sabar kena banyak. 

Ujian dalam jemaah islam ni salah satu adalah keluarga. Bila terlibat secara langsung ni, aku kena pandai jaga hati family. Yang sana perlukan petugas, mak kat rumah perlukan anak dia..Aku macam tersepit kat tengah. Jadi pandai-pandailah bahagi2..Time ni la kena pandai main strategi tapi aku masih setaun jagung, ni pun baru nk bertatih, memang sakit la jugak.Tapi pandai-pandai la kan nk hidup. PRK xabis pun lg, jadi mmg aku kena kuat semangat..emosi mmg mudah terusik, masing2 letih kot. InsyaAllah, kalau Allah nk bagi kemenangan, sekelip mata ja. Tapi jangan kerana dosa dan khilaf kita, Allah tunda kemenangan. Allahu Allah..na'uzubillah..Semoga Allah bagi kemenangan pada Che Long, menuju Terengganu Baru, 16:16!



*mode berkhidmat utk family sebelum sambung tugas. Semoga Allah redha..=)

0 comments:

Powered By Blogger