Aku selak tirai semalam,
Lalu aku tersedar dari lamunan,
Bahawa kedewasaan ini memberi aku sejuta pengertian,
Tiap apa yang terjadi, apa yang jua yang menimpa,
Bahkan tiap insan yang hadir,
Harus aku syukuri segalanya,
Kerana itu suratan Ilahi,
Yang di baliknya penuh hikmah,
Aku kian dewasa,
Sedar atau tidak,
Aku menyusuri satu kehidupan yang penuh warna,
Jika ditoleh kembali satu persatu,
Mungkin terasa banyak yang dipersia,
Bodoh dan tolol tindakannya,
Seakan-akan mahu dipadam,
Namun,
Tanpa kisah silam,
Tanpa warna-warni kehidupan yang lalu,
Mana mungkin aku berdiri hari ini,
Pengalaman semalam itu satu pengajaran,
Agar esok jadikan pedoman,
Tak mungkin Dia beri, tanpa ada sesuatu,
Yang semalam itu biarkan berlalu,
Kerna yang ada ini sudah harapan kita,
Syukuri apa yang ada,
Terus gagah depani hari esok,
Mohon doa kalian agar terus mampu berdiri.
Nukilan Hamba Hina,
Jerteh,
9.42 malam,
23/6/2013, 15 Sya'aban 1434
Istighasah, boleh ke tak?
1 day ago