rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites
Life Quote Pictures, Images and Photos

Sunday, July 31, 2011

memang berbaloi-baloi..

Assalamualaikum..Allahu Allah..lama xmenunaikan hak sebagai blogger..kemalasan melanda dan terasa jugak untuk buang saja blog ini..tp xjadi..cukup merepek dan straight to the point lah..

memang berbaloi-baloi..macam iklan kamdar pon ada..tp aku nk berkongsi tentang bicara selebriti..bicara selebriti??apa kejadahnya aku nak bicara2 selebriti bagai?>.< aku tau lah..i'm not a selebrity..T_T
ni haaa!



cuba tengok panelist dia..hooo..hoo..hooo...horlick betul!!dan..dan..dan..aku diizinkan Allah untuk pegi tgk secara live..walaweh..mmg berbaloi-baloi la..walau dari BESUT,TERENGGANU..walaupon 45min je nk ke kota bharu tp itu JAUHHHHHHHHHH ok!sanggup meredah kepekatan malam,dingin angin yg bertiup dan air-cond yg membekukan..disebabkan aku ngan abg aku yg baik hati nk bawak aku je yg pegi, jadi seat blakang kosong..apa lagi..ajak kengkawan yg nak p secara percuma tanpa ada cas tersembunyi..dan..dan..dan..hanya nik norkatijah sahaja yg berjaya mendapatkan tawaran hebat itu..eh..skema gila ayat..xpa..bahasa jiwa bangsa..=.=

banyak input yg dpat dan terkena jugak batang hidung ni..moderator dia ust.amin idris..mmg sempoi habis..siap kecek klate lagi!!thumbs up!..

smart banner dia tuh..
USTAZ MAZA
ust banyak terang pasal hukum dan pandangan dari sudut agama..ye la..dia sorang je kat c2 bukan artis..hehe..antaranya pasal hukum berhibur dalam islam adalah dibolehkan selagi xlanggar syariat dan ust ada jugak bg satu sirah pada zaman rasulullah pasal seorang lelaki yg menyanyi masa bawak unta..sebab nak kasi laju unta tu gerak..*aku tiba2 teringat budak india dalam citer upin ipin:geng..yg bawak lembu tu..lawak plak..hehe..ustaz ada jugak terang pasal hukum bermain alat muzik yg mana ada byak pendapat ulama' tentang perkara ni..ada yg cakap alat muzik yg digesek dan bertali adalah haram..ada yg cakap boleh..ada yg cakap hanya alat muzik yg keluarkan bunyi 'duff' dan 'daff' seperti kompang shj yg boleh main..dan byk lagi la yg ustaz explain..


WARDINA SAFIYYAH 
dia sangat lawa mlm tadi..serba hitam..wardina banyak cerita pengalaman dia macam mana dia boleh bertudung..n dia bagi satu persoalan,salah ke ikut trend??n adakah bertudung tu trend?ust maza jawab yg xsalah pon ikut trend selagi mana dia ikut syariat..trend adalah satu yg boleh berubah dan adalah xkekal..jadi kalau kita anggap tudung adalah trend, jadi akan tiba masa tudung tu akan tercabut dari kepala korang..jadi adalah penting untuk muslimat tahu kenapa dorang bertudung ataupun menutup aurat..Yyg best bila dia tiba2 tanya dalil tentang pakai tudung kat ust.amin dan dia boleh jawab dengan spontan..hehe..dan satu ilmu yg aku dapat..fesyen adalah sebahagian dari sistem kapitalis..yg mana dengan fesyen dorang cari untung..untuk kepentingan seseorang individu@company@etc..dan satu statement dari wardina,"jgn judge orang lain dari fizikal..yg penting adalah yg dalam..siapa kita untuk menilai"..yg mana abg aku sangat xsetuju..tp aku setuju je..betul la tu..kalau dalam dia bagus,tentu yg luar pun bagus..jadi xtimbul isu,"walau aku xpakai tudung,tapi aku semayang"..sebab macammana seorang yg sembahyang boleh mendedah aurat??bg aku,something wrong LAH dengan solat dia..sebab SOLAT MENCEGAH DARI PERKARA MUNGKAR..jadi,belum tentu kau sembahyang,kau dah cukup baik..kita xtau sama ada solat kita diterima ataupun xsempat sampai amalan solat dah kena campak balik..who knows..Allah shj..


SHAM KAMIKAZE
semua dah tahu yg dia dah buat satu perubahan yg pada aku, sangat2 bagus..bersih dan tenang je tgk muka dia..satu yg aku rasa nak nangis bila dia cerita tentang al-farabi yg petik gabus*seingat aku gabus @ something yg bertali..sampai mampu menitiskan air mata org yg mendengar sebab pada masa yg sama dia ingat Allah..dan sham nk jadi macam tu..Allah..dia pun sebak je aku dengar masa bgtau..dan salah satu sebab dia tekad berhijrah adalah bila dia jumpa dengan imam masjidil haram..syeikh abd rahman assudais..time dia buat tour dgn wife dia dari kl ke beberapa buah negeri tanpa hala tuju semata2 untuk cari masjid dan sembahyang di awal waktu di mana2 sahaja masjid yg mereka jumpa..masyaAllah..kagum!

USTAZ HASRIZAL
Kalau korang perasan,ust dah kurus sekarang..hehe..dia turun 30kg dalam masa 4bulan..Buleh masok BIGGEST LOSER ni..hehe..yg membuat dia sedar adalah apabila dia kena penyakit..macam2 la.. tahap nekad dia sampai dia jual rumah kat malaaysia dan dia perlu keluar dari malaysia untuk capai target dia..dia cuba sandarkan sebab untuk berubah pada anak2 dia,isteri n mak dia..tp xberjaya jugak..n sampai la dia sedar bahawa dia kena berubah untuk diri sendiri dan sebab Allah..dan akhirnya dia berjaya walaupun susah..dan dia bagi aku semangat untuk diet..hehe

last2 tu ust.amin suh setiap sorang dari panelist tu buat persembahan tp wardina dikecualikan sebab dia demam..
mula2 sham main gitarr yg sangat best!then ust hasrizal nyanyi lagu yg diambil dari puisi yg ditulis oleh sayyid qutb sambil diringi petikan gitar..



yg last dr maza baca sajak..jugak diringi petikan gitar dari sham..sajak tu dia buat sendiri..

program ni habis dekat2 12 jugak la..dan meredah la kami balik ke besut...sampai dalam 1.30pg..fuhhh..alhamdulillah..MEMANG BERBALOI-BALOI..

*memandangkan semalam hari sabtu,ramai yg pakai baju kuning..dr.maza ngan ust.hasrizal pakai..ust baihaqi atiqullah pon pakai..dan ramai jugak yg datang pakai baju kuning..TERBAEKKK!
*tiba2 aku jumpa JOE GRIMJOW..macam excited plak aku masa dia keluar tanya soalan..siap bgtau nama glamour kot..haha
*jumpa ramai kawan UIA kat c2..k.wirdah,tirah,che pah..=)
*sape yg tgk rakaman..klik sini..hari hiburan islam

RAMADHAN KAREEM SEMUA..AMPUN MAAF SEGALA SALAH SILAP..
Powered By Blogger