rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites
Life Quote Pictures, Images and Photos

Wednesday, September 29, 2010

saya sudah bertunang..


Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

.......................................

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

Tuesday, September 28, 2010

sayonara sahabat..

Assalamualaikum..
hari ni 28/09/2010 bersamaan 18syawal 1431..dan disaat ini aku keseorangan dalam bilik..so bolehla layan blues sorang2..haa..baca elok2 k..jgn pikir mengarut..=.=

rumate2 sekalian sume pegi exam..tinggalkan aku sorang diri dalam bilik..sob3..xpe la..aku mmg biasa kena tinggal..sat lagi pun kena tinggal lagi..uwaaaaaaaaaaaa..malam tadi dorang bertungkus lumus study sampai buat halaqoh kat tgh bilik walau bilik kami ni xde la besar mane pon tapi muat la untuk letak kami bertiga..aku agak kurang asam malam tadi..tgh dorang khuyusk study,aku pegi layan prince of persia..perghh..citer yg aku boleh bagi 11/10..marvellous!!mule2 ingat xnk tgk..ye la..aku suh abg aku masukkan citer semerah cinta stilleto dia pergi masukkan citer lain..dah la letak nama "POPSIASIA"..tapi disebabkan aku dah borink tahap dewa aku pun tgk je la..dan MEMANG BERBALOI!!..ni sayang abg aku lebih..waa..tacink2..jarang aku nk cakap aku sayang abg aku..ngeh3...



hmm..kenapa aku rajin tulis kat blog ari ni..sebab tajuk yg kat atas tu la.."SAYONARA SAHABAT"..sekejap lagi puan2  rumate sekalian akan pergi meninggalkan ku..mesti korang tertanya nk kemana..tapi yg pasti dorang bukan pergi jadi sukarelawan ke afrika selatan..dorang sebenarnya bakal menamatkan sesi persekolahan...erk..sesi asasi dorang kat cni..dorang da nk smbung ijazah kat gombak..tinggal aku jer super duper senior yg xgrad lagi..xceli..xde la super junior sangat..ade je lagi yg otai kat cni..saje berlagak..haha..sepatutnya aku pun abeh sem ni gak..tapi aku p extend satu sem lagi memandangkan subjek terlalu banyak tuk sem ni..huhu..

berbalik pada tajuk..erk..aku rasa aku sedikit terlari dari tajuk..ok3..pusing stereng ke kanan skit..sikit lagi..lagi..haaa..masuk trek balik..ok!cantekk!!ok..saat ni aku nk kenalkan rumate2 aku..puan rumate pertama aku,CIK EIDA iaitu peneman setia dari sem 1 amik course ICT..dam bakal menyambung di Kulliyah of Information, Communication and Technology(KICT) dan PUAN ZATY peneman baru di sem 4 amik course undang2 dan bakal sambung kat Ahmad Ibrahim Kulliyah of Law..puan zaty punya nama kulliyah aku sangat suke..macam kelas g2 dia punyer course..dulu2 aku nk amik course ni tapi termelencong p masuk course lain..huhu..xpe la..barang yg lepas usah dikenang..sob3!!

dorang ni la peneman setia aku..kalo bab sakat menyakat tu aku bagi kat zaty..dia ni aduihhh..suka sangat menyakat aku ngan eida..suka cakap aku ngan eida ada skandal..haha..dia kalo pinjam barang mesti charge..tapi charge yg olok2 je la..kalo aku yg charge, dia suruh masuk buku..ish3..xaci btol...haha..dia ni cun..tapi maafla jejaka2 sekalian puan zaty ni da berpunyer..hihi..one more thing..puan zaty ni mmg caring habis!!kalo ade je antara kitorg yg demam..huh..jenuh kami kena paksa makan ubat..aku ok jer sebab aku da biasa ngan ubat..kat umah aku,ade stok ubat 3plastik besar ubat..sume ade..ubat kencing manis,ubat darah tinggi,ubt buat hilang kolestrol,ubat batuk,ubat pensil dan segala jenis ubat laa..tapi kalo cik eida kena suh makan ubat..nk nangis aku tgk dia..punyer la xsuke makan ubat..haha

ni bahagian cik eida plak..dia ni dah jadi rumate aku selama 4sem..dah lebih setaun dah jadi rumate aku..dia ni paham sikit jiwa aku..tapi ZATY,sumpah kami xde skandal..haha..dia cool skit tapi selama setahun lebih aku jadi rumate dia, ade satu barang dia xbagi aku sentuh..henpon dia..uihhhh..dah berapa kali cubaan aku buat nk amik henpon dia namun usaha aku menemui kegagalan..owhhh..macammna aku nk usha henpon dia..p tandas pun dia bawak..aisehhh..dia ni pun kira cun jugaklah..semua rumate2 aku cun2..aku??erk..mane boleh puji dri 6t riak.haha..bak kata makcik dalam tb tuh,"kecantikan hak milik setiap insan.."..aku suke ayat nih..mmg laku ah barang makcik tuh..haha..sambung balik..puan eida ni terer skit bab komputer..da namenye amik ICT..6t sem depan sape nk ajar aku programming..sob3!!

aku dan cik eida..

sat lagi akan bermulalah saat tacink2..tapi aku ni bukanlah manusia yg emo sangat..kalo time malam muhasabah tu aku boleh gelak takpun tido..punyer la hati batu..tapi tu jarang2 berlaku..selalunya aku nanges gak..haha..well..aku kan perempuan..nanges tu wajib!!setiap permulaan tu pasti ada pengakhirannya..setiap yg hidup pun pasti bertemu dengan kematian..cuma bila dan bagaimana..itu hanya ALLAH yg tahu..yang pasti ukhwah yg terbina ni pasti aku kan kenang sampai bila2..6t korang tunggu aku kat Gombak..walaupon da jadi senior satu sem..aku harap korang jangan la buli aku 6t..sesungguhnya aku tidak bersalah dalam hal ini..haha..selamat meneruskan jihad anda disana..selalu2 la datang cni..melawat aku yg cumel ini..haha..

TO MY DEAREST RUMATE, AKU SAYANG KORANG!! 


P/S:maaf le edit gmbar xgtau..hehe

Sunday, September 26, 2010

kanvas hidup(^_^)




Assalamualaikum..datang menjenguk blog lagi..sekadar datang sapu sampah dan buang daun2 di halaman tu..tu je..hehe..dah lame nak datang jenguk blog ni tapi asal bukak blog je,termenung..asal bukak,tertutup..mmg dah berkali2 cubaan namun xberdaya..nasib baik yg ni berjaya..hehe..mmg banyak nk citer sebenarnya tapi yg ingat je la yer..nenek ni dah tua..(T_T)

RAYA3!!OPEN HOUSE DI MANA-MANA
Berakhirnya Syawal bergantikan Ramadhan..eh..salah2..tukar2..berakhirnya ramadhan bergantikan Syawal..ok aku ingat..haa..tu nk kata aku xingat la tu...aku ingat ok..siap hafal lagi lagu nasyid kumpulan ALARME dulu..hak3.. seperti raya2 sebelum ini,dimana aku tidak lagi beraya kerumah sedara mara..setia dirumah PAKCIK MUSTAFFA,jadi staff mek,tolong abg we bakar satay,jadi "pelayan restoran kelas pertama",jadi babysitter anak buahku yang dah boleh buat dua pasukan bola sepak + satu pasukan bola jaring + sorang jadik reserve..haaaa!!sape bijak sila kire anak buah aku ade brape orang..hik3..sekarang ni dalam mode open house..hari ni baru je abih umah terbukak cik SUKMA ATIQAH..pemilik villa *Luz de Estrella*..agak kenyang disitu..time kasih sume family sukma..n kepada DANIEL HAKIMI..mmg cool la dik..sukma..nk buat adik jugak boleh..saya xde adik..sob3..hmm..esok ade lagi..haiyarkkk..hari2 jalan..patah kaki aku xlame lagi..eh..xbaik doa..dapat kang baru menangis xberlagu ramli sarip dol..isk3









SALAHKAN MU JANGAN SALAHKAN KU!!
baru saja aku mengubati hati yang lara dek geram ngan seorang ngan hamba Allah ni..dah ku ubati dengan susah payah hati yang panas..sudah ku letak cool fever..namun kau letak kembali minyak panas yang kau buat goreng ayam berempah tadi..baru melecur hatiku!!perlukah kau khabarkan pada dunia bahawasanya dirimu terlalu suci untuk dipersalahkan dan aku terlalu kotor untuk dituduh pada kebenaran yang aku tegakkan..perlukah kau meraih simpati pada yang xtahu hujung pangkal..biarlah..aku bosan dengan anda yang xpernah berubah..erk..aku bermadah..owhh..lama xbuat karangan b.melayu..xpe2..kat Gombak 6t belajar..hehe

EXAM,STUDY DAN  ...
ni sem ke-4 aku di CFSIIUM..agak lama bertapa di sini..bila orang tanye..bila nk grad,aku cakap lambat lagi sebab syg CFS..erk..maafla kawan2..saya mmg JUJUR..saya memang SAYANG CFS..haha..skang mode exam tapi saya sudah pun memerdekakan diri..dan muka puan2 rumate saya,PUAN EIDA DAN PUAN ZATI muka xpuas hati sebab dorang xhabis lagi..disaat kegemilangan ku ini..mereka tekun mengadap buku@laptop..(zaman skang canggih,nota dalam laptop..tabik3!!)..sori my dearest rumates..hehe..sem ni amik physics II,math III,comp I dan tidak ketinggalan puan RIM(religion in malaysia)..moga2 result segemilang keadaan aku skrang..amin...

slip pekse..click to enlarge

p/s:saya sudah malas menulis..lain kali sambung lagi..sebelum tu,silalah layan sedikit gambar anak2 sedara aku yang da sampai satu bas..



















ni baru suku..xlarat nk letak banyak..hehe..





Friday, September 3, 2010

mode:balik raya..

jom balik..moh la kite..pakat balik ghama2!!!

dah lama xmenjeguk blog usang ni..dinding banyak dah kne mkan dek anai2..lantai pun menunggu hari untuk menyembah bumi..atap2 da banyak yg bocor..jendela dah terbang dibawak angin ribut yang melanda bazar ramadhan hari tu..pintu pulak dibawak arus banjir di kedah baru2 ini..owhhh..apa yang aku mengarut ni...haha..

kembali ke alam realiti..setelah membaca banyak intro di blog koroe sekejap tadi..otak ni pun dah jadi macam pening2 tebuan da..isk3..esok malam sudah mau balik ke kg halaman nun xde la brape jauh di besut..kira2 sepurnama perjalanan..ditambah dengan pelayaran bersama kapal layar selama 3bulan di lautan pasifik..didarab dengan pengembaraan bersama Christopher Columbus..akhirnya sampai kita di hentian putra, los angeles...baru bergerak menggunakan jet pejuang menuju ke destinasi cinta...

destinasi cinta yang kucari..
sebenarnya terlalu hampir..
hanya kabur kerana dosa di dalam hati..
oooooo..owh..aku merepek lagi..

esok merupakan hari bahgia kerana esok xde kelas..betapa sayangnya aku pada Madam Parveen kerana telah meng"KENSEL"kan kelas math3 pada esok hari..sempat jugak berposing dengan Madam b4 kluar kelas tadi..mmg sporting lah madam + cun..(sesi membodek bajet mdm bace la tulisan aku ni..isk3!!)..dek kerana teruja,baju telah pun ku TIDAK lipat lagi..buku sudah habih SEPAH kan..bilikku dah macam tongkang pecah..ermm..tidak2..mungkin hanya sekadar retak sahaja..masih belum pecah..owhh..saya wanita sejati yang selalu kemas bilik..ngeh3..walaupun cik eida si K****** G****  yang selalu sapu sampah..sapu je oke!!haha(sori eida..haha)

dan esok saya akan balik maka doakan saya selamat sampai..=)
p/s:kali ini cuba untuk buat enri pendek setelah ditegur oleh cik nurin baru2 ini..haha..ditambah dengan kemalasan melanda..sob3

marilah kita bersatu hati pulang dengan awalnya..haha

Friday, August 13, 2010

maaf..

tetiba terjumpa gambar..rasa sweet sangat..saya rindu mak saya!!
Ahlan wasahlan Ya Ramadhan..mungkin agak terlewat untuk diri ini mengalu2kan kedatangan bulan mulia ini..namun kedatanganmu yang ku nanti akhirnya tiba jua..bulan rahmat,bulah barakah..namun disebalik kedatangan Ramadhan Kareem, ada yang terjadi..sungguh..maaf buat sahabat seperjuangan..andai diri ni kau rasa tidak mengambil berat akan dirimu..melebihkan urusan lain dari dirimu..sudah 2kali ku terdengar rintihanmu terhadap diriku yang sentiasa tidak menghiraukanmu..kadang aku tinggalkan mu sendirian..mujur sekarang kau sudah berteman..bahkan temanmu lebih baik dariku..dia dapat menjagamu dengan lebih baik..terkesan dengan kata2 sahabat yg jua insyaAllah sahabat dunia akhirat.."aku telah melebihkan urusan dunia dari urusan akhirat yg jauh lebih penting".maafkan aku sahabat..andai diri terlanjur kata,terkasar bahasa,maafkan aku..bukan niat untuk mendiskriminasi sesiapa..tapi aku jua seorang manusia yg hanya punya satu jasad..andai aku bisa belah tubuhku ini..pasti aku lakukan..namun aku tahu, aku hanya seorang hamba yg tidak mampu..aku jua manusia yang xpernah bisa puaskan hati manusia..maaf dari ku..moga persahabtan kita kekal hingga kesyurga..
salam sayang..




Thursday, August 5, 2010

AMANAT MADAM COMP1..

Assalamualaikum..datang lagi..singgah sebentar bersama kitkat..ohh lupa..blom bli kitkat lagi..huk3..baru sahaja selesaikan masyaqoh2 td dan sekarang mengadap si lappy ni..saje berblogging bila teringat satu babak benar yg dirakam di kelas comp 1 td..huhu

madam A:hmm..now blog..sape kat cni ade blog??
saya dan rakan sekelas:XDE2..mane ade blog madam..(saya dan S saling memandang..ngeh3)
madam A:saya pun xpaham la knape semua orang nk ade blog..tulis ape dia buat hari2..macam diari..haisyhh..tapi kalo nk buat blog boleh..letak tazkirah dalam blog..(ngeeeee)
tiba2 bunyi.."madam..bukak keretamayat.blogspot"
madam A:hahhh..keretamayat pon ade blog???
huhu..femes btol keretamayat ni..tabik springggg la..huhu..



MORAL OF THE STORY:
1)KALO ADE BLOG SILA MENGAKU(PENULIS TERKECUALI..HAHA)
2)SILA2 LA LETAK TAZKIRAH DALAM BLOG..
3)DALAM KELAS JGN BORAK..(KANTOIIIII...)
4)SILA2 LAH TAMBAH YE..BUAT MACAM RUMAH SENDIRI..HOHO

adegan diatas macam terkena batang idong sendiri la plak..haha..sebab 2 la saya malu bila org yg saya kenali baca blog ni..so,ade la yg bertanya..ape kejadahnya buat blog kalo xnk org bace..ntah la..saya pun pening..tapi yg pasti bukan salah ibu mengandung..huhu..berblogging bukanlah satu benda yg pelik..almost 50% people have a blog..(sekadar anggaran sendiri..hehe)..tapi ape yg membuatkan saya ingin berkongsi disini adalah kerana blog tidak mempunyai mulut dan pancaindera yg lain..merupakan pendengar yg setia..maka saya senang untuk berkongsi rasa bersama cik blog..xg2 cik blog..=)

Sunday, August 1, 2010

kembali berblogging!!

assalamualaikum..datang kembali menjenguk blog yg telah ditinggalkan..agak malas baru2 ni untuk meng'update blog' dan sekarang masih lagi malas..haha..malas2 pun tulis jugak..well....

01/08/2010
mode skrg agak tidak tenteram kerana diriku ini sedang berusaha untuk meletakkan emoticon di blog ini..namun hasil cubaan tidak menjadi..arggg..sangat tensen disitu..memandangkan diri ini tersangat "ARIFFFFF" dalam bab2 teknologi, xmenjadi la rancangannyer..owh..sungguh kuciwa diriku ini..semua step da ikut..
tapi masih lagi degil emoticon2 ini..tidak mahu mendengar kata yaaa..dush3!!hurmmmm..ade sape2 x sudi nk membantu diriku ini..sudah ku tanya tuan kedai ajourneynamedlife...namun beliau berkata..beliau suda tidak ingat..sob3..namun ku gagahi diri ini untuk mencuba sendirian berhad namun cubaan telah gagal..ohowww..xpe la..lupakan saja..6t akan berguru dengan makhluk2 terer yg super duper punyerlah..

31/07/2010
bergerak bersama S dan E ke masjid jamek dan jalan2 yg seangkatan dengannya..dengan membawa harapan ingin membeli buah tangan hari raya untuk ibu dan bapakku nun jauh di besut terengganu..ku gagahi kaki melangkah keluar dari bumi cfs setelah berperang di ax206a untuk menjawab exam comp1..(alhamdulillah..dapat la jugak jawab..ngeh3)..jam 11pg kami mengeluarkan diri dari pakgad misai dengan melangkah dengan penuh konfiden sambil melayangkan smart card kami kearah pakgad..tanda kami keluar dengan permit..haha..sesampainya disana..





fuhhhh..masih banyak kedai yg belum dibuka..haisyhh..spoil mood nk membeli..okeyhh..xpe..kita teruskan perjalanan..jalan punya jalan..tiba terasa nk tgk kat tangan..ehhh???da penuh tangan pegang plastik!!!bila masa aku membeli belah..ohhh tidakk..aku tidak bersalah dalam hal ini..sambil berjalan2 kami singgah membeli anak SOTONG PAUL goreng..yumm3..agak sedap anak sotong paul ni..maka pupuslah generasi sotong paul..yezz!!saya berjaya mengelakkan khurafat kepercayaan ramalan sotong paul dari terus berlaku...ngeh3!!!..setelah penat membeli belah..singgah sebentar di surau mall area c2 yg xberapa nk besar..sungguh xselesa untuk beribadah..unutk bershopping mereka sediakan tempat yg SUPER besar yaitu supermarket..Tapi bila bab ibadat mereka letak tempat SUPER DUPER KECIK!! 
Ini yg menaikkan suhu badan ni..tapi berkat wudhuk yg diambil..xjadi marah dan teruskan solat..ngeeeee..lepas solat teruskan perjalanan mecari barang2 S pulak..hoho..buat S..anda punyai semangat SHOPPING yg sangat tinggi..fuhhh..kami angkat bendera putih..haha..da selesai maka kami ingin berangkat pulang..sementara tu kami sempat unutk bermain kejar2 bersama LRT yg da nk gerak..agak sempoi disitu bila kami melompat dari escalator dan sekali lagi melompat masuk kedalam LRT..aksi yg baru belajar dari JACKIE CHAN telah kami praktikkan..haha..amaran:jgn tiru aksi ini!!
hurmmm..berbalik kepada tujuan ke masjid jamek.."MEMBELI BUAH TANGAN UNTUK IBU DAN AYAH DI KG HALAMAN"..agak2 ape yg saya beli??saya beli sepasang kasut dan tudung..baik tak saya..(sila anggukkan kepala anda sekarang)..yaaa..itu saya sudah tahu..hahaha..tapi semua tu saya beli untuk saya..adoiiiii..failed jd anak solehah..xpe2..jgn bimbang pelung untuk jadi anak solehah belum tertutup..tarikh tutup penyertaan adalah sebelum 03/07/2010..(balik kg..hohoh..balik kg..hohoho..balik kg..hati girang)..maka before balik akan ku pergi kembali bersama si E yg jugak mengalami naseb yg sama..
p/s:sape nk ikut sila2 lah bgtau..ngeh3..
Powered By Blogger