Alhamdulillah..semakin rajin update blog. Bukan sekadar sogo, tajuk bukan main macam nak promote sales dekat SOGO..tapi insyaAllah bukan itu yang di ceritakan..Alhamdulillah penyakit suka shopping semakin berkurangan dewasa ini, mungkin sudah matang sejak dah makin tua.
17/02/2013
Seawal 8.30 pagi di hari ahad, berlari turun dari bilik, pegi tunggu pakcik datang ambil untuk ke IMKL, sambung ambil latihan memandu yang masih berbaki 4 jam. Cikgu yang ngaja agak lah garang tapi baik jugak alhamdulillah. Kali ni aku bangga dengan diri yang tak mudah tacink bila kena marah. Sebab aku dah set dalam kepala, bila cikgu marah, tu tanda dia nak aku jadi pemandu berhemah. Test JPJ motor 7/3 ni..doa2 lah lepas. Dah boleh declare sebagai penunggang yang sah, selama ni duk bawak sampai batu cave, kg batu bagai..tapi xde lesen. ^__^. Punya la semangat hari tu belajar memandu, sampai terlupa ada program penting sebenarnya. *Siap boleh janji dgn sukma nak teman dia pegi kedai haiwan cari ikan gappi..hehe
Balik dari IMKL, aisyah ajak ke SOGO. Pelik tiba-tiba, rajin pulak aisyah ajak pegi shopping,sampai sogo bagai. Selalu paling advance kami selalu pegi Giant Batu Cave, xpun KL festival dekat Danau Kota. Tu je yang mampu dengan naik Ferrari 2 tayar tu..=) Tapi terpaksa tolak sebab dah janji dengan sukma untuk ke kedai haiwan. Bila duk sembang-sembang dengan aisyah, baru la teringat yang sebenarnya hari ni ada perhimpunan dekat sogo anjuran DPPM. Aduhai, acano ae bolih lupo ni ha!Untuk promote "7 Agenda Anak Muda Berkebajikan". Disebabkan rasa bersalah, bagi Aisyah kamera sebagai pengganti diri, tuan xdapat kesana, haruslah kirim kamera sebagai wakil. Best kot dapat jumpa otai-otai DPPM!
Ni antara gambar-gambar yang di snap oleh aisyah. *Semangat sampai kena saman ngan DBKL sebab salah parking motor..
Alhamdulillah, Allah bagi kesempatan untuk kembali menulis. Semoga diberi umur yang panjang untuk terus berbakti di bumi Allah ini, buat bekalan di akhirat sana. Kadang kita selalu buat alasan dengan masa yang tak cukup, tak sempat untuk buat itu dan ini..tp kenapa ada hamba Allah yang sempat buat itu dan ini dalam satu hari. Padahal sama je Allah bagi semua hamba-Nya sehari 24 jam..xde lebih xde kurang. Jangan berharap diberi mesin masa seperti Doraemon atau pun Harry Potter. Itu xkan pernah ada sebab masa takkan pernah tunggu kita dan itu semua hanya fantasi. Berjalan2 di laman sesawang, terbaca satu entry ni blog bakal DR. Najah Solehah..salah satu tanda hidup manusia itu tidak berkat adalah bila dia merasakan masa dia sentiasa tidak cukup. Nak ngaji Quran xde masa, nk pegi solat jemaah xde masa, pegi kuliah ilmu xde masa..Terasa hari tu pendek je kan. Bila buat ibadat, rasa lamanya lah padahal baru baca Quran 2page,baru 5min, tu pun sambil-sambil tunggu Isyak..tapi bila tgk movie, pegi shopping..kejap je rasa walaupun dah berjam-jam. Masa baca entry najah tu, rasa bedebukk atas kepala,sebiji kena batang hidung sndiri. Betapa manusia ini selalu lupa pada Pencipta dia kan..astaghfirullah!
Bila susah, baru lah mula cari Allah..adat manusia..tapi bila senang jarang sungguh ingat Allah. Itulah manusia, syukur dengan nikmat kesenangan adalah berganda susahnya dari sabar waktu susah. Itu lah yang disebut dalam kalangan ulama bahawa kadangkala makam syukur itu lebih besar dari sabar. Bila susah, kita senang ingat Allah, time ni la kita bersabar, kita rasa hanya pada Allah tempat kita mengadu tapi bila kita senang, berapa ramai yang mampu bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan??Betapa mudah lupanya manusia hanya dengan dunia yang sementara ni. Orang yang melihat dunia dari dimensi akhirat, akan merasa bahawa kecilnya dunia ini, dan betapa luas nya kehidupan ni. Dipetik dari kuliah DR.MAZA dlm satu video di youtube, betapa jauhnya nikmat didunia berbanding nikmat di syurga dan betapa berbezanya kesengsaraan di dunia jika dibandingkan dengan derita dalam neraka. Diriwayatkan dalam sebuah hadith oleh Imam Muslim daripada Rasulullah S.A.W;
Seorang hamba yang paling nikmat hidupnya di dunia, dimasukkan secelup ke dalam neraka oleh Allah, lalu dikeluarkan. Maka ditanya pada si fulan tersebut,
"pernahkah kau merasa nikmat di dunia?"
maka kata si fulan,
"aku tidak pernah merasa nikmat pun ketika di dunia.."
hanya kerana dimasukkan secelup ke dalam neraka, hilang kisah nikmat dunia.. ALLAHU ALLAH..
Diambil pula seorang hamba yang paling derita hidupnya di dunia, kemudian di masukkan secelup ke dalam syurga. Kemudian dia dikeluarkan. lalu ditanya,
"wahai si fulan, pernahkah kau merasa derita ketika di dunia?"
lalu jawab si fulan,
"aku tidak pernah merasa derita ketika di dunia"
hanya kerana secelup dimasukkan ke syurga, dia hilang cerita derita..
Betapa kita ini lupa dengan rahmat dan nikmat Allah, bila diberi ujian, baru kita sedar akan nikmat yang Allah bagi. Bila kita ditimpa musibah, terlintas di fikiran, kenapa kita yang terpaksa hadapi ujian ini, kenapa kita yang terpaksa rasa peritnya derita ini. Kenapa kita,bukannya orang lain. Tapi pernah tak kita terfikir, betapa banyak derita yang kita alami yang kita rasa kita xmampu untuk keluar darinya, seolah-olah inilah pengakhiran hidup kita tapi Allah keluarkan kita dari derita itu. Sungguh Allah itu lebih mengetahui segalanya.
Bersyukur dengan apa yang ada pada kita hari ini adalah lebih baik kerana nikmat yang Allah berikan ini sudah tidak ternilai. Kata Hamka,
"Yang ada pada ini sudah harapan kita"
Tidak salah untuk kita meminta pada Allah akan kehidupan yang lebih baik, tapi wajib untuk kita syukuri nikmat yang sudah kita ada. Allah bagi kita ujian kerana banyak perkara. Sebagai mehnah kepada kita untuk meningkatkan keimanan kita dan juga sebagai kifarah dosa dan maksiat yang telah kita lakukan. Betapa dia sayang pada hambaNya sehingga Dia masih beri peluang pada kita yagn hina dina ini untuk perbaiki diri. Padahal kita ini selalu lupa pada Dia!Malu rasanya di gelar pejuang islam tapi hubungan dengan Allah entah ke mana..Teringat kata-kata ustaz Ridhauddin, yang dikongsi oleh sahabat masa bulatan gembira semalam,
"kita merasakan kitalah golongan yang hebat kerana diuji dengan pelbagai mehnah dan ujian tapi sebenarnya kita perasan!"
MasyaAllah, terasa macam dihempap batu besar, betapa kita terlalu perasan hingga kita lupa dan tidak terfikir sekiranya ujian yang Allah beri ini sebenarnya dari maksiat yang sudah terlalu banyak kita lakukan, sebagai pejuang islam, kita kononya nak tegakkan islam tapi kitalah juara dalam melakukan kemaksiatan..Allahu Allah..semoga Allah melindungi dan menjauhi kita darinya..
Ujian dan derita yang Allah hadiahkan ini sebenarnya menguatkan kita, betapa Allah sayang pada kita, betapa Allah rindu untuk dengar rintihan kita..maka jadilah insan yang paling bahagia dan beruntung, kerana DIA masih sayang pada kita..Wahai hati, tabahkan diri, cekalkan tekad, insyaAllah Allah pasti hadiahkan yang terbaik dan manisnya pengakhiran derita ini bila tawakkal sebulat-bulatnya pada Allah atas apa yang terjadi dan percaya bahawa setiap yang berlaku adalah hikmah yang terbaik buat diri..Allahumma aminn..
Walking here and wanna make it fresh..even with a few words, let it be..too much things, too much news, lots of works give me headache!done with election but my dearest uni give another present, grand prize maybe..when the others already cheer up with the results, we need to do re-election..unknown date, unclear reason with new deputy rector. Oh My IIUM..
Forget all the hectic schedule here..Got my first grand-daughter last Ramadhan, only 2.5kg..now i'm officialy 'TOK SU'..*grin*..Gosh..almost forgot, her name is Busyra Safiyyah!
maaflah gambar xbrapa cantek, guna camera henpon sahaje, sekian..
and i also got these stuffsssssss..total cats i have = 6..*grin again*
hari tu ade berjanji mau upload gmbr sukaneka..jadi ni edisi "JANJI DITEPATI"..*muntah aku tgk iklan dkt TV skang..semua nk janji ditepati, ikhlas dok bg bantuan..semua pakat dicanang..dh itu mmg tanggungjawab kerajaan, xde nye baik hati depa nk janji ditunai..dh mmg tu hak rakyat*
layan gmbar dh le..^__^
naseb lah jadi camerawoman..ambik gambar org je la keje..
eh2..ade org laa..alhamdulillah dtg membawa perkhabaran bahawasanya tuan blog ini masih lagi diberi nikmat oleh Allah..kembali setelah bertarung nyawa di medan perang..=.="..poyo terrr..prekso jah eh nyo nyoho nnaghak ko (need a translation??look around you,there will be a kelantanese here and there!haha)..alhamdulillah berjaya lepas 8paper exam dengan jayanya..diberi rehat 9hari sambung lagi dengan satu paper..aku xtau nk happy ataupun patutkah aku harus STRESS dengan keadaan ini..patutkah..patutkahhh..patutkahhhhhh..*baca dengan echo*..dalam pada masa yang sama,aku masih teruja melihat wajah baru blogger.com saat aku menulis post ini kerana inilah kali pertama setelah ia diwajahbarukan aku menulis entry..menunjukkan betapa lama sudah aku tidak mengepost disini..T__T..adakah aku dizaman P.RAMLEE saat ini..khabarkan padaku..khabarkannnn..khabarkannnnnn...khabarkannnnnnn..mesti anda baca guna nada echo kan..haha..baru keluar gua agaknya aku ni..@__@..
****sudah tamat cerita exam*****
tahukah anda bahawasanya fakta menunjukkan terdapat seorang perempuan di dunia ini telah mempunyai 32 anak saudara dan akan menjadi nenek ketika diusia 21tahun pada bulan puasa ini..dikhabarkan beliau masih lagi sempat menulis entry saat ini..woha!teruja x anda membaca trivia ini..siapakah beliau kalau bukan tuan blog ini..haha..i gonna be a nanny soon..IT'S NANNY..NANNYYY..NANNYYYY..NANNYYYYY..*echo skali lagi*..hang tau dak i'm not even married yet and i will get a grandchild soon..okey hang xtau sebab tu aku bagitau..muda2 dah jadi toksu..my niece will give birth this coming ramadhan and she is 21..how lucky she is being a young mommy..berkahwin diusia muda dengan murah maharnya..bukankah itu tanda berkatnya hidup seorang wanita.."kakak,cepat pujuk tokwan skrang!"..haha..i got excited just now when having a chit-chat with her..just imagine, my niece will say to her child in 5 years later,
"dear my son/daughter..get ready, we'll go to your nanny's wedding ceremony!"
"well..is she married again at the age of 70 ummi?"
"opss!she is just 25 and this will be her first and last i think......."..=.="..
yeahhh..it'll be so exciting i bet!haha..ok..enough n stop..coming soon nenek mmg excited macam ni kot..^__-
*****tamat sudah cerita nenek*******
p/s: cuti 3bulan start 10/9..will be a part-time english teacher insyaAllah..
p/s: selamat pulang ke tanah air dan darat dengan selamat..start switching your tongue right now..ur gonna eat budu soon..hehe
p/s: tawakkal bukan sekadar konsep berserah..usaha sehabis mungkin dulu itu yang paling penting..kemudian letakkan pengharapan yg tertinggi padaNya..
p/s: last minute study suits me well as time constraint makes me focus and force me..when you have lots of time you will not appreciate it till ur time is running out then u know how precious it is..it's not gold anymore,but platinum already!live ur life well then..
petiklah kata-kata yang menguntum segar.. ciumlah kalimah-kalimah yg melingkar harum.. makanlah falsafah-falsafah yg gugur.. dan teguklah idea-idea yg mengalir
di taman ini.. yg kutanam adalah sebutir bintang.. cahayanya.. abadi selama-lamanya..
janganlah menangis kerana ujian.. ujian menguji keimanan.. tetapi menangislah smsa memohon.. merayu kepada Allah.. jangan menangis kehilangan dunia dan isinya.. tetapi menangislah.. selepas melakukan dosa.. jauhilah cinta dunia,penyakit wahan.. sesungguhnya dunia hanyalah pinjaman!!