rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites
Life Quote Pictures, Images and Photos

Saturday, August 3, 2013

Salam ramadhan, 26 ramadhan 1434H!

Assalamualaikum wbt..

Ribut kuat jugak tadi. Sekarang pun still hujan..sejuk bak anggg! tp still jugak pasang kipas, xreti erti sejuk agaknya, *preparation nak g oversea nanti..haha..anyway, tolonglah ameen skali..=)..sambil mengadap laptop, tidak jauh hanya dengan jarak 2 kaki, juga mengadap tv..tamak sungguh!sekejap tunduk, sekejap dongak..dua2 balun..masyaAllah!Astaghfirullah!

Petang tadi ade iftor dekat surau tak jauh dr rumah. Asalnya, aku taknak pegi..ye lah, mana ada geng kalau pegi pon. Dari kecik memang mcm tu kalo pegi surau..forever alone kesudah..huhu. Tapi pergilah jugak sebab xde orang kat rumah. Mau menangis aku bukak puasa sorang2 kat rumah, bajet berbuka di perantauan. Sambil makan sambil nangis..baik tak payah..haha. *tapi aku penah je makan sambil nangis, masa form 1, mula2 duk asrama..setiap masa aku nangis..haha, k bye!

Well, aku memang fail bab bersosial. Kalo ada sesi komen-komen dgn classmate or geng society, wajib berderet aku dapat komen 'pendiam'..Paling xtahan aku pernah dapat, "susah didekati"..haha..lawak!Apa yang susahnya..mungkin sebab muka aku blur terlebih, kawan2 selalu cakap muka xde perasaan..Ok, enough cerita pasal diri sendiri. So, one thing aku sedar bila pegi petang tadi, kita akan belajar how to communicate with people. Lagi-lagi dengan orang tua..susah tahu!cakap kena sopan, buat kerja kena sopan, xboleh malas2..tapi bila dah lama-lama duduk dengan makcik pakcik ni, kita akan pandai lah. Tau la nk handle dorang mcmana..Socio-linguistic ni memang perlu byk belajar. Kita xkan kuasai sesuatu bahasa hanya dengan belajar bahasa tu. Kalau kita nak diterima baik oleh masyarakat setempat, kita kena jugak tahu budaya, adat resam dan common thing yang dorang buat. Ye la, masuk kandang kambing mengembekk lah, xkan nk mengaum kot. Best jugak bila kumpul ramai2, tolong mana yang patut. Mungkin lepas ni kena join banyak program kemasyarakatan. But for sure sem depan, aku nak join program feed the homeless. Serius macam best!

Tapi kan..one thing yang xsuka bila pegi surau bila time nak solat. Makcik-makcik ni kan, particular gila bab susun sejadah. cantik je susun..xboleh renggang sikit pon..nanti kena tegur. Tapi kan, bila time nak semayang je, jarak sorang2, mak aiii..jauh benor..tang mana yang lagi kena jaga pun aku konfius dengan depaa ni..tok imam kata, rapat2 kan soff..tapi depa pi rapat2kan sejadah..T___T..bila tegur 6t dorang marah kita balik..jadi buat lah yang terbaik..huhu..

Sekian saja utk post ni..=)
*esok harus pujuk dan bodek kakanda ridzwan pegi bazar tok guru..cari tudung raya..hehe!


Wednesday, July 17, 2013

Cakap tak serupa bikin!

Assalamualaikum w.b.t

"Perjuangan islam dengan teori saja xcukup..pegi tamrin cakap degang2 xguna kalau aplikasi teori2 tu fail"

Quote kat atas ni aku xambik mana-mana sbb ni aku alami dengan pengalaman sendiri. Dan aku tujukan khas buat aku sendiri. *Nangis laju-laju T_T..Dalam 2, 3 tahun ni, sibuk aku di kampus dengan gerak kerja dakwah dan kerja jemaah. Tapi aku akui aku bukanlah amilin yang terlalu komited. Aku slow sket..aku lebih suka jadi pemerhati dan buat kerja yang diamanahkan. Aku ni kira budak yang pasif. Jarang benar aku bangun suarakan pendapat dalam meeting ataupun liqa'. Memang sifat pemalu dan pendiam aku tersemai dengan jayanya. Aku pun kusut memikirkan masalah diri aku yang low self-confident ni..Haha..susah nk ubah tabiat diri yg dah lama tersemai ni..

Aku xberapa suka utk terlalu aktif waktu di kampus sebab aku takut momentum ini akan kekal hanya di alam kampus, bila habis belajar aku jadi menjauh sebab penat. Komited pada kerja tu bab lain, tapi aku rasa  ni jalan selamat utk aku terus kekal istiqomah, tp Allah jua lah yang pegang hati hamba2 Dia. Aku jadi takut utk jadi terlalu outspoken, ckap berdegar-degar, nasihat orang banyak2 sbb aku tahu yang akan di uji first skali tu adalah org yg bercakap tu la. Tapi xde la sampai aku xbercakap. Cuma aku sekarang lebih suka pegang pada prinsip cakap benda yan perlu. Tapi kadang2 sifat pemalu aku yg diluar batasan ni menjadikan keadaan makin parah. Ok stop mukadimmah!

Sekarang ni tengah sibuk PRK N01 Kuala Besut. Alhamdulillah Allah pilih aku untuk turut sama bergerak kerja, bantu mana yang mampu. Waktu PRU 13 hari tu, aku xrasa sangat sbb kerja on off. Tapi sekarang tengah cuti 3 bulan, jadi aku berkhidmat semampu yang boleh. Tapi Allah uji aku dengan dugaan. Dulu ada ustaz penah pesan, aku dah xingat ust mana. Realiti berkerja di lapangan, xsama dengan kerja di alam kampus. Kalau kat kampus kita kerja secara profesional, bila turun kawasan, orang dah tak pandang kita ni budak U ke tak. Semua sama jadi jangan memilih kerja. Konon kita mahasiswa, kerja2 cikai ni xsesuai dengan kita. Sekali kena atas batang hidung sendiri!Baru reti rasa apa yang ustaz bagitau. Memang time ni husnuzhon memang kena tahap tinggi, sabar dan kena selalu tajdid niat. Aku untung sebab aku dikelilingi kawan2 yg selalu pesan utk fikir positive walaupun susah nk ikhlaskan hati. Tambah bulan posa ni, mmg sabar kena banyak. 

Ujian dalam jemaah islam ni salah satu adalah keluarga. Bila terlibat secara langsung ni, aku kena pandai jaga hati family. Yang sana perlukan petugas, mak kat rumah perlukan anak dia..Aku macam tersepit kat tengah. Jadi pandai-pandailah bahagi2..Time ni la kena pandai main strategi tapi aku masih setaun jagung, ni pun baru nk bertatih, memang sakit la jugak.Tapi pandai-pandai la kan nk hidup. PRK xabis pun lg, jadi mmg aku kena kuat semangat..emosi mmg mudah terusik, masing2 letih kot. InsyaAllah, kalau Allah nk bagi kemenangan, sekelip mata ja. Tapi jangan kerana dosa dan khilaf kita, Allah tunda kemenangan. Allahu Allah..na'uzubillah..Semoga Allah bagi kemenangan pada Che Long, menuju Terengganu Baru, 16:16!



*mode berkhidmat utk family sebelum sambung tugas. Semoga Allah redha..=)

Sunday, June 23, 2013

Aku dan semalam..

Aku selak tirai semalam,
Lalu aku tersedar dari lamunan,
Bahawa kedewasaan ini memberi aku sejuta pengertian,
Tiap apa yang terjadi, apa yang jua yang menimpa,
Bahkan tiap insan yang hadir,
Harus aku syukuri segalanya,
Kerana itu suratan Ilahi,
Yang di baliknya penuh hikmah,

Aku kian dewasa,
Sedar atau tidak,
Aku menyusuri satu kehidupan yang penuh warna,
Jika ditoleh kembali satu persatu,
Mungkin terasa banyak yang dipersia,
Bodoh dan tolol tindakannya,
Seakan-akan mahu dipadam,

Namun,
Tanpa kisah silam,
Tanpa warna-warni kehidupan yang lalu,
Mana mungkin aku berdiri hari ini,
Pengalaman semalam itu satu pengajaran,
Agar esok jadikan pedoman,
Tak mungkin Dia beri, tanpa ada sesuatu,
Yang semalam itu biarkan berlalu,
Kerna yang ada ini sudah harapan kita,
Syukuri apa yang ada,
Terus gagah depani hari esok,
Mohon doa kalian agar terus mampu berdiri.

Nukilan Hamba Hina,
Jerteh,
9.42 malam,
23/6/2013, 15 Sya'aban 1434


Friday, February 22, 2013

Bukan sekadar SOGO..

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah..semakin rajin update blog. Bukan sekadar sogo, tajuk bukan main macam nak promote sales dekat SOGO..tapi insyaAllah bukan itu yang di ceritakan..Alhamdulillah penyakit suka shopping semakin berkurangan dewasa ini, mungkin sudah matang sejak dah makin tua.

17/02/2013
Seawal 8.30 pagi di hari ahad, berlari turun dari bilik, pegi tunggu pakcik datang ambil untuk ke IMKL, sambung ambil latihan memandu yang masih berbaki 4 jam. Cikgu yang ngaja agak lah garang tapi baik jugak alhamdulillah. Kali ni aku bangga dengan diri yang tak mudah tacink bila kena marah. Sebab aku dah set dalam kepala, bila cikgu marah, tu tanda dia nak aku jadi pemandu berhemah. Test JPJ motor 7/3 ni..doa2 lah lepas. Dah boleh declare sebagai penunggang yang sah, selama ni duk bawak sampai batu cave, kg batu bagai..tapi xde lesen. ^__^. Punya la semangat hari tu belajar memandu, sampai terlupa ada program penting sebenarnya. *Siap boleh janji dgn sukma nak teman dia pegi kedai haiwan cari ikan gappi..hehe

Balik dari IMKL, aisyah ajak ke SOGO. Pelik tiba-tiba, rajin pulak aisyah ajak pegi shopping,sampai sogo bagai. Selalu paling advance kami selalu pegi Giant Batu Cave, xpun KL festival dekat Danau Kota. Tu je yang mampu dengan naik Ferrari 2 tayar tu..=) Tapi terpaksa tolak sebab dah janji dengan sukma untuk ke kedai haiwan. Bila duk sembang-sembang dengan aisyah, baru la teringat yang sebenarnya hari ni ada perhimpunan dekat sogo anjuran DPPM. Aduhai, acano ae bolih lupo ni ha!Untuk promote "7 Agenda Anak Muda Berkebajikan". Disebabkan rasa bersalah, bagi Aisyah kamera sebagai pengganti diri, tuan xdapat kesana, haruslah kirim kamera sebagai wakil. Best kot dapat jumpa otai-otai DPPM!

Ni antara gambar-gambar yang di snap oleh aisyah. *Semangat sampai kena saman ngan DBKL sebab salah parking motor..















Saturday, February 9, 2013

rahmat Allah: Jangan pernah berputus asa

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah, Allah bagi kesempatan untuk kembali menulis. Semoga diberi umur yang panjang untuk terus berbakti di bumi Allah ini, buat bekalan di akhirat sana. Kadang kita selalu buat alasan dengan masa yang tak cukup, tak sempat untuk buat itu dan ini..tp kenapa ada hamba Allah yang sempat buat itu dan ini dalam satu hari. Padahal sama je Allah bagi semua hamba-Nya sehari 24 jam..xde lebih xde kurang. Jangan berharap diberi mesin masa seperti Doraemon atau pun Harry Potter. Itu xkan pernah ada sebab masa takkan pernah tunggu kita dan itu semua hanya fantasi. Berjalan2 di laman sesawang, terbaca satu entry ni blog bakal DR. Najah Solehah..salah satu tanda hidup manusia itu tidak berkat adalah bila dia merasakan masa dia sentiasa tidak cukup. Nak ngaji Quran xde masa, nk pegi solat jemaah xde masa, pegi kuliah ilmu xde masa..Terasa hari tu pendek je kan. Bila buat ibadat, rasa lamanya lah padahal baru baca Quran 2page,baru 5min, tu pun sambil-sambil tunggu Isyak..tapi bila tgk movie, pegi shopping..kejap je rasa walaupun dah berjam-jam. Masa baca entry najah tu, rasa bedebukk atas kepala,sebiji kena batang hidung sndiri. Betapa manusia ini selalu lupa pada Pencipta dia kan..astaghfirullah!

Bila susah, baru lah mula cari Allah..adat manusia..tapi bila senang jarang sungguh ingat Allah. Itulah manusia, syukur dengan nikmat kesenangan adalah berganda susahnya dari sabar waktu susah. Itu lah yang disebut dalam kalangan ulama bahawa kadangkala makam syukur itu lebih besar dari sabar. Bila susah, kita senang ingat Allah, time ni la kita bersabar, kita rasa hanya pada Allah tempat kita mengadu tapi bila kita senang, berapa ramai yang mampu bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan??Betapa mudah lupanya manusia hanya dengan dunia yang sementara ni. Orang yang melihat dunia dari dimensi akhirat, akan merasa bahawa kecilnya dunia ini, dan betapa luas nya kehidupan ni. Dipetik dari kuliah DR.MAZA dlm satu video di youtube, betapa jauhnya nikmat didunia berbanding nikmat di syurga dan betapa berbezanya kesengsaraan di dunia jika dibandingkan dengan derita dalam neraka. Diriwayatkan dalam sebuah hadith oleh Imam Muslim daripada Rasulullah S.A.W;

Seorang hamba yang paling nikmat hidupnya di dunia, dimasukkan secelup ke dalam neraka oleh Allah, lalu dikeluarkan. Maka ditanya pada si fulan tersebut,
"pernahkah kau merasa nikmat di dunia?"
maka kata si fulan,
"aku tidak pernah merasa nikmat pun ketika di dunia.."
hanya kerana dimasukkan secelup ke dalam neraka, hilang kisah nikmat dunia.. ALLAHU ALLAH..
Diambil pula seorang hamba yang paling derita hidupnya di dunia, kemudian di masukkan secelup ke dalam syurga. Kemudian dia dikeluarkan. lalu ditanya,
"wahai si fulan, pernahkah kau merasa derita ketika di dunia?"
lalu jawab si fulan,
"aku tidak pernah merasa derita ketika di dunia"
hanya kerana secelup dimasukkan ke syurga, dia hilang cerita derita..

Betapa kita ini lupa dengan rahmat dan nikmat Allah, bila diberi ujian, baru kita sedar akan nikmat yang Allah bagi. Bila kita ditimpa musibah, terlintas di fikiran, kenapa kita yang terpaksa hadapi ujian ini, kenapa kita yang terpaksa rasa peritnya derita ini. Kenapa kita,bukannya orang lain. Tapi pernah tak kita terfikir, betapa banyak derita yang kita alami yang kita rasa kita xmampu untuk keluar darinya, seolah-olah inilah pengakhiran hidup kita tapi Allah keluarkan kita dari derita itu. Sungguh Allah itu lebih mengetahui segalanya. 
Bersyukur dengan apa yang ada pada kita hari ini adalah lebih baik kerana nikmat yang Allah berikan ini sudah tidak ternilai. Kata Hamka, 
"Yang ada pada ini sudah harapan kita"

Tidak salah untuk kita meminta pada Allah akan kehidupan yang lebih baik, tapi wajib untuk kita syukuri nikmat yang sudah kita ada. Allah bagi kita ujian kerana banyak perkara. Sebagai mehnah kepada kita untuk meningkatkan keimanan kita dan juga sebagai kifarah dosa dan maksiat yang telah kita lakukan. Betapa dia sayang pada hambaNya sehingga Dia masih beri peluang pada kita yagn hina dina ini untuk perbaiki diri. Padahal kita ini selalu lupa pada Dia!Malu rasanya di gelar pejuang islam tapi hubungan dengan Allah entah ke mana..Teringat kata-kata ustaz Ridhauddin, yang dikongsi oleh sahabat masa bulatan gembira semalam,

"kita merasakan kitalah golongan yang hebat kerana diuji dengan pelbagai mehnah dan ujian tapi sebenarnya kita perasan!"

MasyaAllah, terasa macam dihempap batu besar, betapa kita terlalu perasan hingga kita lupa dan tidak terfikir sekiranya ujian yang Allah beri ini sebenarnya dari maksiat yang sudah terlalu banyak kita lakukan, sebagai pejuang islam, kita kononya nak tegakkan islam tapi kitalah juara dalam melakukan kemaksiatan..Allahu Allah..semoga Allah melindungi dan menjauhi kita darinya..

Ujian dan derita yang Allah hadiahkan ini sebenarnya menguatkan kita, betapa Allah sayang pada kita, betapa Allah rindu untuk dengar rintihan kita..maka jadilah insan yang paling bahagia dan beruntung, kerana DIA masih sayang pada kita..Wahai hati, tabahkan diri, cekalkan tekad, insyaAllah Allah pasti hadiahkan yang terbaik dan manisnya pengakhiran derita ini bila tawakkal sebulat-bulatnya pada Allah atas apa yang terjadi dan percaya bahawa setiap yang berlaku adalah hikmah yang terbaik buat diri..Allahumma aminn..
video dr. Maza-ketenangan..





Saturday, January 12, 2013

...






Allahu Allah..sungguh aku letih melayani kerenah manusia..moga di beri kesabaran dan terus sabar..

Wednesday, September 26, 2012

BedTime Story II

Assalamualaikum w.b.t

Walking here and wanna make it fresh..even with a few words, let it be..too much things, too much news, lots of works give me headache!done with election but my dearest uni give another present, grand prize maybe..when the others already cheer up with the results, we need to do re-election..unknown date, unclear reason with new deputy rector. Oh My IIUM..

Forget all the hectic schedule here..Got my first grand-daughter last Ramadhan, only 2.5kg..now i'm officialy 'TOK SU'..*grin*..Gosh..almost forgot, her name is Busyra Safiyyah!

maaflah gambar xbrapa cantek, guna camera henpon sahaje, sekian..




and i also got these stuffsssssss..total cats i have = 6..*grin again*


Friday, June 22, 2012

sukaneka sg.chinchin

assalamualaikum..

hari tu ade berjanji mau upload gmbr sukaneka..jadi ni edisi "JANJI DITEPATI"..*muntah aku tgk iklan dkt TV skang..semua nk janji ditepati, ikhlas dok bg bantuan..semua pakat dicanang..dh itu mmg tanggungjawab kerajaan, xde nye baik hati depa nk janji ditunai..dh mmg tu hak rakyat*

layan gmbar dh le..^__^


















naseb lah jadi camerawoman..ambik gambar org je la keje..

Thursday, June 21, 2012

## wordless wednesday

T__T
cc: sukma atiqah, buleh jadi kembar spec kita ni..muka nak sama dah depa ni..haha

Friday, June 1, 2012

bed time story!

assalamualaikum w.b.t..

eh2..ade org laa..alhamdulillah dtg membawa perkhabaran bahawasanya tuan blog ini masih lagi diberi nikmat oleh Allah..kembali setelah bertarung nyawa di medan perang..=.="..poyo terrr..prekso jah eh nyo nyoho nnaghak ko (need a translation??look around you,there will be a kelantanese here and there!haha)..alhamdulillah berjaya lepas 8paper exam dengan jayanya..diberi rehat 9hari sambung lagi dengan satu paper..aku xtau nk happy ataupun patutkah aku harus STRESS dengan keadaan ini..patutkah..patutkahhh..patutkahhhhhh..*baca dengan echo*..dalam pada masa yang sama,aku masih teruja melihat wajah baru blogger.com saat aku menulis post ini kerana inilah kali pertama setelah ia diwajahbarukan aku menulis entry..menunjukkan betapa lama sudah aku tidak mengepost disini..T__T..adakah aku dizaman P.RAMLEE saat ini..khabarkan padaku..khabarkannnn..khabarkannnnnn...khabarkannnnnnn..mesti anda baca guna nada echo kan..haha..baru keluar gua agaknya aku ni..@__@..

****sudah tamat cerita exam*****

tahukah anda bahawasanya fakta menunjukkan terdapat seorang perempuan di dunia ini telah mempunyai 32 anak saudara dan akan menjadi nenek ketika diusia 21tahun pada bulan puasa ini..dikhabarkan beliau masih lagi sempat menulis entry saat ini..woha!teruja x anda membaca trivia ini..siapakah beliau kalau bukan tuan blog ini..haha..i gonna be a nanny soon..IT'S NANNY..NANNYYY..NANNYYYY..NANNYYYYY..*echo skali lagi*..hang tau dak i'm not even married yet and i will get a grandchild soon..okey hang xtau sebab tu aku bagitau..muda2 dah jadi toksu..my niece will give birth this coming ramadhan and she is 21..how lucky she is being a young mommy..berkahwin diusia muda dengan murah maharnya..bukankah itu tanda berkatnya hidup seorang wanita.."kakak,cepat pujuk tokwan skrang!"..haha..i got excited just now when having a chit-chat with her..just imagine, my niece will say to her child in 5 years later,
"dear my son/daughter..get ready, we'll go to your nanny's wedding ceremony!"
"well..is she married again at the age of 70 ummi?"
"opss!she is just 25 and this will be her first and last i think......."..=.="..
yeahhh..it'll be so exciting i bet!haha..ok..enough n stop..coming soon nenek mmg excited macam ni kot..^__-

*****tamat sudah cerita nenek*******

p/s: cuti 3bulan start 10/9..will be a part-time english teacher insyaAllah..
p/s: selamat pulang ke tanah air dan darat dengan selamat..start switching your tongue right now..ur gonna eat budu soon..hehe
p/s: tawakkal bukan sekadar konsep berserah..usaha sehabis mungkin dulu itu yang paling penting..kemudian letakkan pengharapan yg tertinggi padaNya..
p/s: last minute study suits me well as time constraint makes me focus and force me..when you have lots of time you will not appreciate it till ur time is running out then u know how precious it is..it's not gold anymore,but platinum already!live ur life well then..

Tuesday, April 10, 2012

Assalamualaikum w.b.t..datang menjenguk..masih bertuan blog usang ini..alhamdulillah..lama tidak mencoret, bukan tiada masa cuma terasa byak perkara yang tidak perlu aku coretkan disini..pada Dia adalah tempat yg terbaik untuk mengadu..mungkin kematangan sudah menjengah..dengan angka 2 dihadapan terasa usia makin menginjak..jika seorang ulama menunggu masa 20 tahun untuk mendapat khusyuk dalam solatnya, aku masih lagi terkinja-kinja mencari erti hidup..jika sultan muhammad al-fated menawan constantinopel di usia 19 tahun,aku masih lagi mengerah keringat hanya untuk segenggam ijazah..sungguh kehidupan ini panjang, namun entah bila ajal itu akan datang menjemput, cuba mencari diri yang aku rasa entah kemana hilangnya,cuba mencari ketenangan yang telah lama aku lupa rasanya..Allah,berilah aku rasa itu...

sejenak bermuhasabah..ingin berkongsi rasa gembira bersama adik-adik riang di sukaneka masjid sungai cincin..tp wifi membantutkan peng'upload'an gambar..maka,tunggu bila internet mula meng'arnab'kan diri.akan diupload..wallahu'alam..

p/s: selamat pergi dan pulang dengan selamat..semoga Allah melindungi setiap langkahmu..

Thursday, March 8, 2012

this is HAIKU!

assalamualaikum..
mcm chipsmore je tuan punya blog ni..kejap ade..pahtu lamaaaaaaaaaaaaa menghilang..xpe la..blog ni pun ni pun xde org perasaan pun kalo xupdate..T__T..

last 2 days, i've literature class with LORD DUNCAN..hebat x nama lecturer..hehe..ni DR.ZAINURIN yg suh panggil sebab dia sgt best..actually his name is DR. ABDUL SHAKOUR DUNCAN PREECE. i'm not too sure where does he come from..but some sort like canada@uk@somewhere around europe la..and time class hari tu he introduced HAIKU..dan haruslah aku yg blur ni terpekik terlolong..ok tipu!aku just buat muka blur yg mmg jadi hobi tu..haruslah xpaham sebab sebelum ni blaja CALCULUS ok..T__T..

what is actually haiku??haiku is part of literature. just like a short poem @ story but made up of 3 lines, with 5-7-5 syllable..paham???xpaham??bleh la masuk geng aku..hehe..let me give you an example;

 "dare to try is brave,
 when the hope is there for you,
 let's start, not to wait."

so, 1st line is made op 5 syllables: dare-to-try-is-brave
2nd line is made of 7 syllables: when- the-hope-is-there-for-you
3rd line is made of 5 syllables: let's-start-not-to-wait.

ok..kira hangpa paham la noo..
ni karya2 classmate aku yg OHSEM..

today i've learnt that,
he is always there for me,
even when i'm not.
~sakinah~

banana outside,
vanilla ice cream inside,
it's banana split.
~mufidah~

i saw red apple,
up on a tree all alone,
next minute its gone.
~xingat sape..=)~

today is so strange,
i have to write this HAIKU,
but what can i do.
~ayid~

ok..bubye!

~credit to diana~i've photography class dis sem..suppose letak tuk WW smlm td xsempat..;( 







Thursday, February 2, 2012

## Wordless wednesday








kira aci lah WW walau dah pukul 12.16 am..hehe..
p/s: update sudah..and i smiled when i read them..

Monday, December 26, 2011

melukis terapi jiwa buat diri..

assalamualaikum..rajin pulak skrg kan..hari2 update blog..bagus2..*sambil tepuk bahu sendiri..haha

semalam cakap pasal teasl..tiba2 hari cakap pasal melukis..tukar kos lagi ke dik??aah..baru apply tukar architecture tadi..=.=..kalau tukar kos archi or simply called KAED di UIA ni..mmg melukis bukan terapi jiwa tp buat sakit jiwa..tp kalo dah ada passion, apa pon boleh kan..

yup..melukis terapi jiwa buat aku..sometimes, bila aku rasa tension study, maka sketching book jadi habuan..aku xde la pandai melukis macam kartunis tu tp aku suka lukis kartun..one thing, aku xpandai melukis naturally..macam anda bagi satu kertas lukisan dan suruh aku lukis dengan jayanya..owhh..tidakkk sekali2 akan menjadi lukisan itu..sebab aku kena ada benda yg perlu aku tiru dan i'm good at clonning..*ter'ujub pulak..astaghfirullah..sebut ramai2..=)..

bila melukis, aku akan fully concentrate..bila dalam kelas xde pulak aku apply..=.="..tp dis sem..i forgot to bring my luvly sketching book..senile oredy maa..tp itu tidak memutuskan semangat bila kertas A4 terlentang di depan mata..apa lagi grabbbb LAH!!hehe


berekor-ekor smurf dilukis dengan senang hati..

fuhhh..letih siapkan mende ni..=)
one of mine..Gaara..^__^
zaman dulu2 punya lukisan..=)

tp yang ni bukan aku lukis..ni aku beli..sweet ok..^_^

ni antara yang ade dalam laptop ni..xlarat nk upload dah..dengan internet yg 'superb laju'..maybe ade yg punya hobi macam aku jugak..best kan..=)

*i'm looking for smurf bear lately..kan best ade org tolong hadiahkan..daydreaming je la..;(

Sunday, December 25, 2011

Dia tahu yang terbaik..^__^

assalamualaikum..datang lagi untuk menyapu sampah..pemalas sungguh tuan rumah..=.="..
sekarang dah pun masuk musim exam..cepat masa berlalu..tidak akan pernah menunggu insan yg lalai dan leka..terasa baru je masuk UIA ni..tup2 dah nak final exam..dengan esaimen yang xhabis2 lagi..fuhh..semoga Allah permudahkan..

ramai yg cakap..
"siti, dah makin ceria sekarang..xmacam dulu..akak suka la dengan siti sekarang"
"siti, sejak tukar kos nampak makin happy la.."

erk..dulu aku ni pendiam sgt ke??ok..i admit it..btw..dulu aku penah buat post pasal aku dapat tawaran aerospace engineering..tp end up, aku xteruskan cita2 aku dalam bidang tu..aku pilih bidang yg sangat berbeza..Bachelor of education (TEASL)..dari sains ke sastera..sampaikan calculator aku yg dah berjasa sejak dari form 3 terus mati xnak hidup2 bila aku daftar masuk Gombak ari tu..merajuk agaknya..hehe..untuk buat pilihan tu bukannya mudah..kejap aku rasa nak stay je engineering, kejap aku rasa nk terima je tawaran teasl tu..time pegi interview, aku jawab mmg macam org yg xde gaya nak lulus lah..bila interviewer tu tanya..
I: kenapa pilih teasl?
A: xtau..
I: dulu kos ape?(asasi UIA)
A: engineering..
I: engineering???(mata dia bulat tgk aku..huhu)..knapa apply nk tukar kos?
A: xtau..tp sy rasa mcm engineering tu susah..org cakap aerospace susah..bla..bla..bla..
I: awak tau tak..bla..bla..bla..sy nk tengok ade wanita yg berjaya dalam bidang aerospace..bla..bla..bla...*dia siap bg nasihat n motivasi lagi nk sruh aku terima aerospace tu..
A: saya tau tp bla..bla..bla..
I: dah tu kenapa awak amik engineering kat CFS(center for foundation studies)?
A: entah..saya terima je, masuk kelas pun saya belajar je la..

nampak tak aku mmg alami krisis identiti masa interview tu..mmg most of my answers aku jawab I DON'T KNOW..sampaikan, interviewer tu cakap..

"saya bagi awak pilihan, engin atau teasl?kalau awak nak engin, kitorg bagi tempat ni pada org lain, tp kalau awak pilih teasl, kitorg bagi awak teasl.."

10saat lepas tu, aku dengan konpiden nye jawab..

"I DON'T KNOW"..haha..mmg masalah sunggoh..

last2..pakcik tu cakap..
"macam ni la..saya pilihkan untuk awak..awak terima je eh dapat ape pun.."
aku terima dan terus keluar..time keluar, air mata sudah tidak dibendung, maka bercucuran keluar..haha..lawak gila..mcm drama melayu plak..

mmg lepas tu, aku dah xberharap pon..dah jawab cincai2 mcm tu, mau konpiden lagi nk dapat..mmg x la kan..tp korang pun dah tau..akhirnya aku dapat jugak teasl tu..lepas dari interview tu mmg aku letak pengharapan pada DIA..mmg aku bg kepercayaan pada interviewer tu untuk pilih tp semuanya datang dari DIA..wamakaru wamakarallah wallahu khairul maakirin..sesungguhnya Allah la sebaik2 perancang..sesungguhnya, nikmat mana yg kamu ingin dustakan..dan aku gembira dengan pilihan aku sekarang..*ayat macam lepas pilih calon suami ja..ecehhh..=.=


*tp walaupun xbrapa minat engineering tp ukhwah bersama keluarga engineering terutama ENGENIUS sangat2 berharga..

Monday, December 19, 2011

doa mendapat jodoh yang baik..

Assalamualaikum..disaat byk assignment kena submit, berbelas-belas page lagi belum siap..daku pulak buat entry baru..ni la orang panggil buang tebiat..time free xde pulak nk update blog..isk3..tp, 'ala kulli hal, insyaAllah entry kali ni memberi manfaat.

doa mendapat jodoh yang baik..tiba2 update pasal ni kan..bila umur dah meningkat 20-an, ramai yang bercakap pasal kawen..cakap2 sikit  mesti masuk bab kawen ataupun baitul muslim..awal2 jadi pelik jugak..tp bila dah selalu dengar perbincangan otak jadi terbiasa..tp bak kata seorang kawan..perkahwinan bukan perkara yang mudah, tambah2 berkahwin diusia yang muda..berusaha untuk men'solehah'kan diri dulu untuk dijodohkan dengan yang 'soleh' tp ramai yg tersalah anggap..kita soleh@solehahkan diri kerana 'nya' atau kerana 'NYA'??tepuk dada tanya iman..

bila post pasal menda ni, maka ramai la yg akan mengusik..tiada apa2 tujuan, hanya niat untuk berkongsi ilmu..ada sorang ustazah cakap, usaha mencari jodoh yang baik kena mula dari awal, contohnya dengan doa..bukannya esok nak kawen, malam ni baru nk doa..jadi, saya sertakan doa untuk anda semua amal ya..^__^..maaf sebab doa ni dieja dalam rumi..xsempat n xpandai nk buat dalam jawinya..ustazah pun bg by lisan je..asif jiddan..kalau untuk muslimin, boleh la tukar yg mana patut nahu tu..=)

"Allahumma inni uridu an atazawwaja faqaddirli minarrijal ahsanuhum khalqan wakhuluqan, tho'atan, hafizhotan, tawafaquni, wawafiquhi, wataghnini fideeni wa dunyaya"


p/s: kalo ada salah eja atau salah tulis membawa maksud yg lain minta beritahu ya..ini yang penulis dengar dari ustazah hari tu..dah double check tp sapa tau kot ada yg salah lagi..



Monday, December 5, 2011

breathless..

wanna post a lyric..it is awesome, yet meaningful..^__^
If our love was a fairy tale
I would charge in and rescue you
On a yacht baby we would sail
To an island where we'd say I do

And if we had babies they would look like you
It'd be so beautiful if that came true
You don't even know how very special you are

[Chorus]

You leave me breathless
You're everything good in my life
You leave me breathless
I still can't believe that you're mine
You just walked out of one of my dreams
So beautiful you're leaving me
Breathless

And if our love was a story book
We would meet on the very first page
The last chapter would be about
How I'm thankful for the life we've made

And if we had babies they would have your eyes
I would fall deeper watching you give life
You don't even know how very special you are

[Chorus]

You must have been sent from heaven to earth to change me
You're like an angel
The thing that I feel is stronger than love believe me
You're something special
I only hope that I'll one day deserve what you've given me
But all I can do is try
Every day of my life

Friday, November 25, 2011

andai itu takdirnya..

allahu allah..hari yang penuh barakah..penghulu segala hari..hari banyak benda yang berlaku yang membuatkan aku berfikir dan terus berfikir betapa besarnya kuasa Allah..hari ini 25/11/2011..hari yg mulia..seorang sahabat pergi mengadap Penciptanya..perginya xdiduga, datangnya xpernah dijemput..bila ajal datang bertamu..tak siapa dapat menghalangnya..Kamalhadi rosli..hanya pernah jadi classmate beberapa kelas shj kalau aku xsilap..aku sendiri tak berapa kenal arwah..hanya cam muka sebagai classmate..

dipagi hari, aisyah khabarkan pemergian arwah..khabarnya ditemui di tandas di mahallahnya (asrama)..tak siapa menyangka pemergiannya kerana sihat2 shj sebelum tu..kuasa Allah, tiada siapa mampu menduga..aku terasa pemergiannya..aku juga tak tau kenapa aku sangat terasa akan pemergiannya sehinggakan seharian ni aku berfikir tntg pemergian arwah..betapa dekatNya kita dengan kematian yang kita xtahu bila..mungkin hari ini, esok, tak siapa tau..aku sendiri xdapat bayangkan perasaan kedua org tua arwah bila dengar khabar ni..sesungguhnya tidak Kau timpakan ujian Mu ya Allah melainkan dengan kudrat hamba2Mu..

"Ya Allah, tempatkan dia bersama orang yang beriman, dikalangan para solehin..cucuri rahmat ke atasnya.."
ameen..al-fatihah..

Thursday, November 24, 2011

i really do care..

you thought i don't care, but the fact is, i really do care..
i'm not asking for anything but just trust in me..
no..u're not alone..Allah will be by your side..
yes..we're far apart but my pray is always for you..
i'm not there for you, but Allah will do..
we can't be like before not because of you're there and i'm here..
but as we grow older, we know that we can't be like before..
just remember that i still the one that you know and i will never change..
i'm not knowing whether it is for me or anyone else..but still, forgive me for what i have done..
smile and be strong..=)

Sunday, November 20, 2011

sanah helwah..

assalamualaikum w.b.t..
lama rasanya xmenjengah blog usang ni..banyak hak yg xtertunai nampaknya pada blog..

sanah helwah buat teman rapat nun jauh di seberang laut..maaf lambat buat ucapan khas untuk anda. harap2 anda tak terasa..=)..
"setiap yg hidup pasti melalui fasa kehidupan..semakin lama hidup, semakin bertambah umurnya..andai semalam adalah buruk bg anda, jadikanlah hari ini permulaan bgmu agar hari esok tiada lagi penyesalan.."
anda sudah berangka 2,jadi welcome to the club..ikhlas dari senior..=)..
selamat belajar!jaga diri, jaga hati, jaga iman..where ever u're, u're never alone..Allah is always by ur side..
Powered By Blogger