rss
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites
Life Quote Pictures, Images and Photos

Saturday, August 3, 2013

Salam ramadhan, 26 ramadhan 1434H!

Assalamualaikum wbt..

Ribut kuat jugak tadi. Sekarang pun still hujan..sejuk bak anggg! tp still jugak pasang kipas, xreti erti sejuk agaknya, *preparation nak g oversea nanti..haha..anyway, tolonglah ameen skali..=)..sambil mengadap laptop, tidak jauh hanya dengan jarak 2 kaki, juga mengadap tv..tamak sungguh!sekejap tunduk, sekejap dongak..dua2 balun..masyaAllah!Astaghfirullah!

Petang tadi ade iftor dekat surau tak jauh dr rumah. Asalnya, aku taknak pegi..ye lah, mana ada geng kalau pegi pon. Dari kecik memang mcm tu kalo pegi surau..forever alone kesudah..huhu. Tapi pergilah jugak sebab xde orang kat rumah. Mau menangis aku bukak puasa sorang2 kat rumah, bajet berbuka di perantauan. Sambil makan sambil nangis..baik tak payah..haha. *tapi aku penah je makan sambil nangis, masa form 1, mula2 duk asrama..setiap masa aku nangis..haha, k bye!

Well, aku memang fail bab bersosial. Kalo ada sesi komen-komen dgn classmate or geng society, wajib berderet aku dapat komen 'pendiam'..Paling xtahan aku pernah dapat, "susah didekati"..haha..lawak!Apa yang susahnya..mungkin sebab muka aku blur terlebih, kawan2 selalu cakap muka xde perasaan..Ok, enough cerita pasal diri sendiri. So, one thing aku sedar bila pegi petang tadi, kita akan belajar how to communicate with people. Lagi-lagi dengan orang tua..susah tahu!cakap kena sopan, buat kerja kena sopan, xboleh malas2..tapi bila dah lama-lama duduk dengan makcik pakcik ni, kita akan pandai lah. Tau la nk handle dorang mcmana..Socio-linguistic ni memang perlu byk belajar. Kita xkan kuasai sesuatu bahasa hanya dengan belajar bahasa tu. Kalau kita nak diterima baik oleh masyarakat setempat, kita kena jugak tahu budaya, adat resam dan common thing yang dorang buat. Ye la, masuk kandang kambing mengembekk lah, xkan nk mengaum kot. Best jugak bila kumpul ramai2, tolong mana yang patut. Mungkin lepas ni kena join banyak program kemasyarakatan. But for sure sem depan, aku nak join program feed the homeless. Serius macam best!

Tapi kan..one thing yang xsuka bila pegi surau bila time nak solat. Makcik-makcik ni kan, particular gila bab susun sejadah. cantik je susun..xboleh renggang sikit pon..nanti kena tegur. Tapi kan, bila time nak semayang je, jarak sorang2, mak aiii..jauh benor..tang mana yang lagi kena jaga pun aku konfius dengan depaa ni..tok imam kata, rapat2 kan soff..tapi depa pi rapat2kan sejadah..T___T..bila tegur 6t dorang marah kita balik..jadi buat lah yang terbaik..huhu..

Sekian saja utk post ni..=)
*esok harus pujuk dan bodek kakanda ridzwan pegi bazar tok guru..cari tudung raya..hehe!


Wednesday, July 17, 2013

Cakap tak serupa bikin!

Assalamualaikum w.b.t

"Perjuangan islam dengan teori saja xcukup..pegi tamrin cakap degang2 xguna kalau aplikasi teori2 tu fail"

Quote kat atas ni aku xambik mana-mana sbb ni aku alami dengan pengalaman sendiri. Dan aku tujukan khas buat aku sendiri. *Nangis laju-laju T_T..Dalam 2, 3 tahun ni, sibuk aku di kampus dengan gerak kerja dakwah dan kerja jemaah. Tapi aku akui aku bukanlah amilin yang terlalu komited. Aku slow sket..aku lebih suka jadi pemerhati dan buat kerja yang diamanahkan. Aku ni kira budak yang pasif. Jarang benar aku bangun suarakan pendapat dalam meeting ataupun liqa'. Memang sifat pemalu dan pendiam aku tersemai dengan jayanya. Aku pun kusut memikirkan masalah diri aku yang low self-confident ni..Haha..susah nk ubah tabiat diri yg dah lama tersemai ni..

Aku xberapa suka utk terlalu aktif waktu di kampus sebab aku takut momentum ini akan kekal hanya di alam kampus, bila habis belajar aku jadi menjauh sebab penat. Komited pada kerja tu bab lain, tapi aku rasa  ni jalan selamat utk aku terus kekal istiqomah, tp Allah jua lah yang pegang hati hamba2 Dia. Aku jadi takut utk jadi terlalu outspoken, ckap berdegar-degar, nasihat orang banyak2 sbb aku tahu yang akan di uji first skali tu adalah org yg bercakap tu la. Tapi xde la sampai aku xbercakap. Cuma aku sekarang lebih suka pegang pada prinsip cakap benda yan perlu. Tapi kadang2 sifat pemalu aku yg diluar batasan ni menjadikan keadaan makin parah. Ok stop mukadimmah!

Sekarang ni tengah sibuk PRK N01 Kuala Besut. Alhamdulillah Allah pilih aku untuk turut sama bergerak kerja, bantu mana yang mampu. Waktu PRU 13 hari tu, aku xrasa sangat sbb kerja on off. Tapi sekarang tengah cuti 3 bulan, jadi aku berkhidmat semampu yang boleh. Tapi Allah uji aku dengan dugaan. Dulu ada ustaz penah pesan, aku dah xingat ust mana. Realiti berkerja di lapangan, xsama dengan kerja di alam kampus. Kalau kat kampus kita kerja secara profesional, bila turun kawasan, orang dah tak pandang kita ni budak U ke tak. Semua sama jadi jangan memilih kerja. Konon kita mahasiswa, kerja2 cikai ni xsesuai dengan kita. Sekali kena atas batang hidung sendiri!Baru reti rasa apa yang ustaz bagitau. Memang time ni husnuzhon memang kena tahap tinggi, sabar dan kena selalu tajdid niat. Aku untung sebab aku dikelilingi kawan2 yg selalu pesan utk fikir positive walaupun susah nk ikhlaskan hati. Tambah bulan posa ni, mmg sabar kena banyak. 

Ujian dalam jemaah islam ni salah satu adalah keluarga. Bila terlibat secara langsung ni, aku kena pandai jaga hati family. Yang sana perlukan petugas, mak kat rumah perlukan anak dia..Aku macam tersepit kat tengah. Jadi pandai-pandailah bahagi2..Time ni la kena pandai main strategi tapi aku masih setaun jagung, ni pun baru nk bertatih, memang sakit la jugak.Tapi pandai-pandai la kan nk hidup. PRK xabis pun lg, jadi mmg aku kena kuat semangat..emosi mmg mudah terusik, masing2 letih kot. InsyaAllah, kalau Allah nk bagi kemenangan, sekelip mata ja. Tapi jangan kerana dosa dan khilaf kita, Allah tunda kemenangan. Allahu Allah..na'uzubillah..Semoga Allah bagi kemenangan pada Che Long, menuju Terengganu Baru, 16:16!



*mode berkhidmat utk family sebelum sambung tugas. Semoga Allah redha..=)

Sunday, June 23, 2013

Aku dan semalam..

Aku selak tirai semalam,
Lalu aku tersedar dari lamunan,
Bahawa kedewasaan ini memberi aku sejuta pengertian,
Tiap apa yang terjadi, apa yang jua yang menimpa,
Bahkan tiap insan yang hadir,
Harus aku syukuri segalanya,
Kerana itu suratan Ilahi,
Yang di baliknya penuh hikmah,

Aku kian dewasa,
Sedar atau tidak,
Aku menyusuri satu kehidupan yang penuh warna,
Jika ditoleh kembali satu persatu,
Mungkin terasa banyak yang dipersia,
Bodoh dan tolol tindakannya,
Seakan-akan mahu dipadam,

Namun,
Tanpa kisah silam,
Tanpa warna-warni kehidupan yang lalu,
Mana mungkin aku berdiri hari ini,
Pengalaman semalam itu satu pengajaran,
Agar esok jadikan pedoman,
Tak mungkin Dia beri, tanpa ada sesuatu,
Yang semalam itu biarkan berlalu,
Kerna yang ada ini sudah harapan kita,
Syukuri apa yang ada,
Terus gagah depani hari esok,
Mohon doa kalian agar terus mampu berdiri.

Nukilan Hamba Hina,
Jerteh,
9.42 malam,
23/6/2013, 15 Sya'aban 1434


Friday, February 22, 2013

Bukan sekadar SOGO..

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah..semakin rajin update blog. Bukan sekadar sogo, tajuk bukan main macam nak promote sales dekat SOGO..tapi insyaAllah bukan itu yang di ceritakan..Alhamdulillah penyakit suka shopping semakin berkurangan dewasa ini, mungkin sudah matang sejak dah makin tua.

17/02/2013
Seawal 8.30 pagi di hari ahad, berlari turun dari bilik, pegi tunggu pakcik datang ambil untuk ke IMKL, sambung ambil latihan memandu yang masih berbaki 4 jam. Cikgu yang ngaja agak lah garang tapi baik jugak alhamdulillah. Kali ni aku bangga dengan diri yang tak mudah tacink bila kena marah. Sebab aku dah set dalam kepala, bila cikgu marah, tu tanda dia nak aku jadi pemandu berhemah. Test JPJ motor 7/3 ni..doa2 lah lepas. Dah boleh declare sebagai penunggang yang sah, selama ni duk bawak sampai batu cave, kg batu bagai..tapi xde lesen. ^__^. Punya la semangat hari tu belajar memandu, sampai terlupa ada program penting sebenarnya. *Siap boleh janji dgn sukma nak teman dia pegi kedai haiwan cari ikan gappi..hehe

Balik dari IMKL, aisyah ajak ke SOGO. Pelik tiba-tiba, rajin pulak aisyah ajak pegi shopping,sampai sogo bagai. Selalu paling advance kami selalu pegi Giant Batu Cave, xpun KL festival dekat Danau Kota. Tu je yang mampu dengan naik Ferrari 2 tayar tu..=) Tapi terpaksa tolak sebab dah janji dengan sukma untuk ke kedai haiwan. Bila duk sembang-sembang dengan aisyah, baru la teringat yang sebenarnya hari ni ada perhimpunan dekat sogo anjuran DPPM. Aduhai, acano ae bolih lupo ni ha!Untuk promote "7 Agenda Anak Muda Berkebajikan". Disebabkan rasa bersalah, bagi Aisyah kamera sebagai pengganti diri, tuan xdapat kesana, haruslah kirim kamera sebagai wakil. Best kot dapat jumpa otai-otai DPPM!

Ni antara gambar-gambar yang di snap oleh aisyah. *Semangat sampai kena saman ngan DBKL sebab salah parking motor..















Saturday, February 9, 2013

rahmat Allah: Jangan pernah berputus asa

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah, Allah bagi kesempatan untuk kembali menulis. Semoga diberi umur yang panjang untuk terus berbakti di bumi Allah ini, buat bekalan di akhirat sana. Kadang kita selalu buat alasan dengan masa yang tak cukup, tak sempat untuk buat itu dan ini..tp kenapa ada hamba Allah yang sempat buat itu dan ini dalam satu hari. Padahal sama je Allah bagi semua hamba-Nya sehari 24 jam..xde lebih xde kurang. Jangan berharap diberi mesin masa seperti Doraemon atau pun Harry Potter. Itu xkan pernah ada sebab masa takkan pernah tunggu kita dan itu semua hanya fantasi. Berjalan2 di laman sesawang, terbaca satu entry ni blog bakal DR. Najah Solehah..salah satu tanda hidup manusia itu tidak berkat adalah bila dia merasakan masa dia sentiasa tidak cukup. Nak ngaji Quran xde masa, nk pegi solat jemaah xde masa, pegi kuliah ilmu xde masa..Terasa hari tu pendek je kan. Bila buat ibadat, rasa lamanya lah padahal baru baca Quran 2page,baru 5min, tu pun sambil-sambil tunggu Isyak..tapi bila tgk movie, pegi shopping..kejap je rasa walaupun dah berjam-jam. Masa baca entry najah tu, rasa bedebukk atas kepala,sebiji kena batang hidung sndiri. Betapa manusia ini selalu lupa pada Pencipta dia kan..astaghfirullah!

Bila susah, baru lah mula cari Allah..adat manusia..tapi bila senang jarang sungguh ingat Allah. Itulah manusia, syukur dengan nikmat kesenangan adalah berganda susahnya dari sabar waktu susah. Itu lah yang disebut dalam kalangan ulama bahawa kadangkala makam syukur itu lebih besar dari sabar. Bila susah, kita senang ingat Allah, time ni la kita bersabar, kita rasa hanya pada Allah tempat kita mengadu tapi bila kita senang, berapa ramai yang mampu bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan??Betapa mudah lupanya manusia hanya dengan dunia yang sementara ni. Orang yang melihat dunia dari dimensi akhirat, akan merasa bahawa kecilnya dunia ini, dan betapa luas nya kehidupan ni. Dipetik dari kuliah DR.MAZA dlm satu video di youtube, betapa jauhnya nikmat didunia berbanding nikmat di syurga dan betapa berbezanya kesengsaraan di dunia jika dibandingkan dengan derita dalam neraka. Diriwayatkan dalam sebuah hadith oleh Imam Muslim daripada Rasulullah S.A.W;

Seorang hamba yang paling nikmat hidupnya di dunia, dimasukkan secelup ke dalam neraka oleh Allah, lalu dikeluarkan. Maka ditanya pada si fulan tersebut,
"pernahkah kau merasa nikmat di dunia?"
maka kata si fulan,
"aku tidak pernah merasa nikmat pun ketika di dunia.."
hanya kerana dimasukkan secelup ke dalam neraka, hilang kisah nikmat dunia.. ALLAHU ALLAH..
Diambil pula seorang hamba yang paling derita hidupnya di dunia, kemudian di masukkan secelup ke dalam syurga. Kemudian dia dikeluarkan. lalu ditanya,
"wahai si fulan, pernahkah kau merasa derita ketika di dunia?"
lalu jawab si fulan,
"aku tidak pernah merasa derita ketika di dunia"
hanya kerana secelup dimasukkan ke syurga, dia hilang cerita derita..

Betapa kita ini lupa dengan rahmat dan nikmat Allah, bila diberi ujian, baru kita sedar akan nikmat yang Allah bagi. Bila kita ditimpa musibah, terlintas di fikiran, kenapa kita yang terpaksa hadapi ujian ini, kenapa kita yang terpaksa rasa peritnya derita ini. Kenapa kita,bukannya orang lain. Tapi pernah tak kita terfikir, betapa banyak derita yang kita alami yang kita rasa kita xmampu untuk keluar darinya, seolah-olah inilah pengakhiran hidup kita tapi Allah keluarkan kita dari derita itu. Sungguh Allah itu lebih mengetahui segalanya. 
Bersyukur dengan apa yang ada pada kita hari ini adalah lebih baik kerana nikmat yang Allah berikan ini sudah tidak ternilai. Kata Hamka, 
"Yang ada pada ini sudah harapan kita"

Tidak salah untuk kita meminta pada Allah akan kehidupan yang lebih baik, tapi wajib untuk kita syukuri nikmat yang sudah kita ada. Allah bagi kita ujian kerana banyak perkara. Sebagai mehnah kepada kita untuk meningkatkan keimanan kita dan juga sebagai kifarah dosa dan maksiat yang telah kita lakukan. Betapa dia sayang pada hambaNya sehingga Dia masih beri peluang pada kita yagn hina dina ini untuk perbaiki diri. Padahal kita ini selalu lupa pada Dia!Malu rasanya di gelar pejuang islam tapi hubungan dengan Allah entah ke mana..Teringat kata-kata ustaz Ridhauddin, yang dikongsi oleh sahabat masa bulatan gembira semalam,

"kita merasakan kitalah golongan yang hebat kerana diuji dengan pelbagai mehnah dan ujian tapi sebenarnya kita perasan!"

MasyaAllah, terasa macam dihempap batu besar, betapa kita terlalu perasan hingga kita lupa dan tidak terfikir sekiranya ujian yang Allah beri ini sebenarnya dari maksiat yang sudah terlalu banyak kita lakukan, sebagai pejuang islam, kita kononya nak tegakkan islam tapi kitalah juara dalam melakukan kemaksiatan..Allahu Allah..semoga Allah melindungi dan menjauhi kita darinya..

Ujian dan derita yang Allah hadiahkan ini sebenarnya menguatkan kita, betapa Allah sayang pada kita, betapa Allah rindu untuk dengar rintihan kita..maka jadilah insan yang paling bahagia dan beruntung, kerana DIA masih sayang pada kita..Wahai hati, tabahkan diri, cekalkan tekad, insyaAllah Allah pasti hadiahkan yang terbaik dan manisnya pengakhiran derita ini bila tawakkal sebulat-bulatnya pada Allah atas apa yang terjadi dan percaya bahawa setiap yang berlaku adalah hikmah yang terbaik buat diri..Allahumma aminn..
video dr. Maza-ketenangan..





Saturday, January 12, 2013

...






Allahu Allah..sungguh aku letih melayani kerenah manusia..moga di beri kesabaran dan terus sabar..

Wednesday, September 26, 2012

BedTime Story II

Assalamualaikum w.b.t

Walking here and wanna make it fresh..even with a few words, let it be..too much things, too much news, lots of works give me headache!done with election but my dearest uni give another present, grand prize maybe..when the others already cheer up with the results, we need to do re-election..unknown date, unclear reason with new deputy rector. Oh My IIUM..

Forget all the hectic schedule here..Got my first grand-daughter last Ramadhan, only 2.5kg..now i'm officialy 'TOK SU'..*grin*..Gosh..almost forgot, her name is Busyra Safiyyah!

maaflah gambar xbrapa cantek, guna camera henpon sahaje, sekian..




and i also got these stuffsssssss..total cats i have = 6..*grin again*


Powered By Blogger